Friday, 24 March 2023

Hazeline Snow ada kat shopee, rupanya.

Dah lama tak nampak krim lejen ni dalam pasaran. Tetiba ada orang cadangkan cari dalam shopee. Sungguh bagai dikata... memang betul, sekarang ni depa jual online. Mungkin sebab itulah dah lama tak nampak di pasaran. 

Saya memang pakai krim Hazeline Snow ni sejak anak dara lagi. 

Cerita lama boleh baca di sini

Tapi dah lebih 10 tahun lepas dah tak jumpa di mana-mana. Bila dah ada kat shopee ni terus sahaja saya suruh anakanda buat oder. Dalam masa 3 hari dah ada depan pintu.

Hazeline Snow, texture dan baunya masih sama.

Botol lama masih tersimpan menjadi bekas simpanan butang jahitan saya. 😁

Saya dah lupa macamana rasa krim ni pada muka. Mula-mula letak tu muka rasa macam tebal berlapis walaupun saya cuma buat sapuan nipis. Lepas beberapa ketika baru ia meresap elok dan sebati macam dulu-dulu. Lepas ni boleh teruskan kegunaannya sebagai tabir suria. Saya hanya pakai bila perlu sahaja... masa nak gi jogging atau nak keluar berkebun di laman.

Abaikan filter terlebih itu, cuma nak tunjuk kesan sapuan yang belum rata.

Saya juga amalkan memakai krim/lotion Oil of Olay sejak lama. Dulu-dulu zaman kurang berduit, kita cari lotion yang mampu milik sahaja. Bila dah guna terus kekal hingga kini. 

Olay Moisturising Lotion.

Saya jarang bertukar product. Kalau dah serasi saya akan kekal setia sampai bila-bila. Setakat ini product Olay kegunaan saya ini pun dah macam susah nak cari. Sekarang ni depa banyak produce Olay packaging merah tu. Gamaknya, lepas ni mungkin nak kena order via Shopee jugak.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...