Sunday, 19 March 2023

Overnight @ Hotel Movenpick, Sepang.

Hari Jumaat membawa ke hari Sabtu yang lepas hubby ada program di Hotel Movenpick, Sepang. Dan seperti biasa saya akan join pada sebelah petang bila hubby dah habis program sesi pagi dan setel masuk bilik. Saya gerak dari Ampang usai solat Asar, saja cari penyakit redah jalan jam petang Jumaat. Alhamdulillah dapatlah me-time selama sejam setengah dalam kereta. Not bad sebenarnya bila kita dah biasa redah jalan jam sejak lama.😁


Saya tiba sana dalam pukul 6:30 petang. Cukup untuk berehat sebentar sebelum hubby sambung program untuk sesi malam pulak. Sebagai mengisi masa semasa hubby berprogram saya keluar dinner dengan anakanda yang kini tinggal di Nilai. Kami lepak makan di Restoran Cibiuk, Sepang. Dah alang-alang orang nak belanja, kita makan je kenyang-kenyang.



Esoknya saya tidak bercadang untuk ke mana-mana, hanya nak bersiar-siar sekitar hotel sambil menikmati hiasan lanskap sementara menunggu hubby habis program.







By pukul 12:00 tengahari kami check-out dan terus ke Nilai untuk menghadiri kenduri kahwin anak staf USIM. Depa buat di Dewan Mahligai Seri Nilai di Nilai 3. 

Usai kenduri kami terus balik Ampang. Home sweet home.

Kami pernah menginap di hotel Movenpick ini pada tahun 2018. Cerita yang hampir serupa cuma wataknya utamanya tinggal seorang. Boleh baca di sini.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...