Thursday, 30 March 2023

Berbuka dengan ‘jalomah’.

Rabu: Hari ke-7 Ramadhan.

Hari ini pertama kali seumur hidup saya berbuka puasa seorang diri. Hubby ada program berbuka di tempat kerja sementara anak-anak yang dah berkahwin semua dah ada keluarga masing-masing. Yang bongsu, walau masih single tapi dah terbang jauh ke negeri matahari terbit. Maka tinggallah Ummi menyiapkan juadah berbuka sendirian. Sendiri masak, sendiri makan. Alhamdulillah tiada drama air mata. Terimakasih kepada teknology terkini yang mendekatkan semua insan tersayang walau tiada di depan mata.

Untuk juadah berbuka hari ini saya cuma sediakan daging goreng sos tiram, mee goreng, salad dan puding 'permaisuri'.

Sebenarnya kat rumah ni ada banyak stok kuih jala emas (baca: jalomah). Kebetulan anak menantu balik Kelantan baru-baru ini, depa bawa balik jala mas dua bekas. Dah share dengan anak beranak pun masih berbaki. Bila dah umur-umur begini tak boleh makan manis banyak-banyak, takut nanti potong kaki. Biasanya orang letak dalam puding raja tapi saya modify jadi puding 'permaisuri'.

My puding permaisuri: Jala mas tambah dua biji pisang emas lepas tu tabur kismis, red berries dan gajus. Lepas tu tuang susu low fat... makan macam makan cornflakes.... yummy.

Sebenarnya pada hari Isnin lepas pun cerita yang sama juga. Hubby ada program berbuka di tempat kerja dan saya harus berbuka seorang diri. Tapi saya memilih untuk berbuka di rumah anakanda di Conezion, Putrajaya. Saya keluar rumah pada pukul 4:00 petang dan tiba di rumah semula pada pukul 9:30 malam. Being alone sepanjang perjalanan pergi dan balik memang memberi ketenangan. Namun, kali ini saya memilih untuk tenang-tenang di rumah sahaja.💛

"Ummi tak boring ke?" 

Alhamdulillah setakat ini belum rasa boring lagi kerana saya sentiasa punya banyak alasan untuk tidak memilih perasaan itu. Moga Allah bantu selamanya.🌹

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...