Wednesday, 15 March 2023

Jalan jalan Taman Eco Rimba KL

“Ummi nak gi mana hari ni. Jom Nina teman…” 

Sejak lama saya berhasrat nak ke Taman Eco Rimba, KL. Maka bila anakanda putri offer diri sempena cuti baru-baru ini laju sahaja makcik bagi cadangan. Kami keluar rumah dalam pukul 10:30 pagi dan tiba sana dalam pukul 11:00 pagi. Walau cuaca agak panas dengan langit biru tapi kita cekalkan hati mengambil peluang yang ada. Lepas ni mungkin tiada lagi peluang yang datang. 

Rezeki kami masih ada dengan parking yang masih tinggal beberapa lot di kawasan KL Tower. Depa caj flat rate RM8 sekali masuk dan hanya boleh bayar dengan kad debit/kredit sahaja. No cash!

Untuk masuk ke Taman Rimba kena bayar tiket/gelang masuk pula. Depa caj RM10 untuk dewasa dan Rm1 untuk kanak-kanak. Kami bayar RM20 untuk dua orang dewasa. Bayaran tu untuk sekali masuk, so, duduklah seberapa lama yang kita suka.


Gelang tangan spesel... satu RM10.

Dia ada tiga laluan untuk memulakan perjalanan. Kami pilih laluan mudah, menuruni bukit hingga ke tengah rimba. Di tengah rimba tu ada tangga besi spiral macam tower untuk naik ke puncak hingga ke jambatan gantung yang digunakan untuk melintasi hutan untuk melihat keindahan alam dan kota Kuala Lumpur. Gamaknya la… saya tak sempat ambik pengalaman pun. Saya mampu panjat tangga separuh jalan sahaja, lepas tu dah gayat terpaksa turun semula dan hanya mendaki bukit melalui denai bertangga batu. Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke jambatan gantung melalui jalan biasa. Malangnya baru sampai separuh jalan saya mula gayat bila jambatan mula terasa bergoyang. Tambahan pulak bila terpandang ke bawah terasa bagai ditarik-tarik ke dasar nun jauh di bawah. Takut pulak tetiba makcik mati berdiri. 😱

Banyak live wire di kawasan bawah tanah di sini. 

Makcik gayat nak teruskan naik tangga.

Moh ler kita turun semula.

Denai bertangga simen/batu.

Berehat sebentar.

Memasuki laluan ke jambatan gantung.

Selpi sentiasa nombor wahid.😄

Dah mula gayat...😁


Berehat lagi.

Laluan perjalanan memang agak memenatkan kerana terpaksa mendaki atau menuruni bukit mungkin sebab bukitnya kecik sahaja tapi tinggi ala-ala tower. Kita terpaksa berjalan keliling lereng bukit dari bawah hingga ke atas lepas tu turun balik... perlukan kekuatan lutut yang baik. Dah umur begini saya sangat berhati-hati dengan kesihatan lutut dan jantung.

Paling penting, walaupun cuaca sedang rembang dan agak panas, habanya kurang terasa dan suasana sangat nyaman di bawah teduhan daun-daun pokok yang lebat. Walaupun begitu kami hanya habiskan masa selama lebih kurang satu jam sahaja. Perut pun dah berbunyi-bunyi... jomlah kita pi cari lunch pulak.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...