Sabtu, 22 Mac 2025
Hari ini hari ke-6 kami di Jepun. Semalam kami tiba dari Fuji dan bermalam di Apa Hotel, Asakusa-Eki-mae. Alhamdulillah saya dah semakin sihat dan pagi ini saya dan hubby keluar berjalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan sementara menunggu anakanda datang. Cuaca sangat cantik dan terang. Kami berjalan berpandukan Google Map menyusur tepian Sungai Sumida.
 |
Mercu tanda, Tokyo Skytree. |
 |
Sumida City, tak pasti yang kuning tu replika apa, tapi menarik. |
 |
Ambik aura bunga-bungaan yang baru mekar disepanjang jalan. |
 |
Pokok buluh Jepun.
|
 |
One for the memory. |
 |
Berteduh sekejap dari cuaca panas. |
Anakanda datang dalam pukul 12 tengahari. Kami naik train di Asakusa Station yang terletak di sebelah hotel sahaja, tukar train di Shimbashi Station dan terus ke Odaiba. Kami dapat tempat duduk paling depan dan dapat melihat pemandangan pesat hutan batu sepanjang dalam train ke Odaiba. Kami berjalan-jalan di sekitar Aqua City, Odaiba, dan duduk-duduk berehat di tepi pantai sebelum masuk ke dalam mall sekadar melihat-lihat buat ghaso-ghaso.
“Ummi taknak beli apa-apa ke?” Sesungguhnya saya memang tidak berniat nak beli apa-apa. Cukup dengan shopping di tanah air sendiri… itupun masih malas nak shopping. Biasanya saya hanya membeli bila perlu sahaja.
 |
Bangunan Fuji Television Network, Inc. |
 |
One for the memory. |
 |
Kenapa entah tetiba ada patung hijau kat belakang tu. |
 |
Berangan bercanda di atas batu. |
 |
Cantik tempat ni… sempat berangan di tepi pantai. |
Seterusnya kami sambung berjalan kaki hingga ke DiverCity Tokyo Plaza. Sepatutnya ada pokok tulip di sepanjang jalan tapi masih belum berbunga penuh. Yang ada cuma kudup-kudup bunga yang masih malu-malu.
 |
Kudup bunga tulip. |
Kami berjalan hingga ke Unicorn Gundam Base, tempat patung berwarna putih dalam cerita anime. Entahlah… makcik tak minat sangat benda-benda anime ni tapi kita tetap bergambar buat kenangan. Saya lebih suka tengok bunga… walaupun masih kudup tetaplah menjadi pojaan hatiku.
 |
Dengan Unicorn Gundam. |
 |
Unicorn Gundam. |
Hari ini cuaca agak panas dan sangat cerah. So kami sejukkan badan dalam DiverCity Tokyo Plaza shopping mall sambil mencari toilet. Kebetulan masa lunch hour, di food court memang penuh dengan manusia sedang menikmati hidangan tengahari. Sabar jelah bila kita tengah posa di bulan Ramadhan yang mulia ini.
 |
Tengok candy flos ni pun rasa tercabar iman. |
Dari Odaiba kami naik train dan meneruskan perjalanan ke Shibaura Institute of Technology, tempat menantu sambung belajar. Hubby memang sentiasa teruja bila dapat melawat universiti… jiwa pendidik gituh. Kami hanya melihat dari luar sahaja.
.jpg) |
Makcik pantang tengok pokok walaupun belum berbunga. |
 |
Dengan logo Uni. (S.I.T) |
 |
Tak tau apa benda tapi objek ni unik. |
 |
Semangat, teringin nak jadi student U semula. |
Dari Universiti kami berjalan kaki ke bus stand terdekat, naik bas ke train station, naik train dan singgah di Ginza melihat kawasan. Kami tak shopping apa-apa pun. Saja jalan-jalan buat ghaso-ghaso. Kemudian kami sambung naik train balik hotel di Asakusa semula untuk solat Jamak Zohor dan Asar.
Hari ini anakanda demand nak berbuka puasa dengan wagyu. Maka kami ke kedai Halal Wagyu Yakiniku PANGA. Of course la ayahanda yang kena belanja. Kedainya hanya sejauh 6 minit berjalan kaki dari hotel. Saya dan hubby baru pertama kali nak merasa makan wagyu. Alhamdulillah boleh telan dan kenyang sebab kita tambah nasi goreng wagyu dan extra nasi putih. Total belanja RM980 untuk 4 orang. Saya tak pasti berbaloi ke tidak. Tapi bila tengok hubby pasrah je swipe credit card, kita pun turut redha, wagyu punya pasal. Mudah-mudahan dapat pahala berganda memberi makan keluarga berbuka.
 |
Berbuka dengan Wagyu. |
 |
Lada hitam, garam dan wasabi. |
 |
Pakai garpu pun takde hal. |
 |
Gagah pakai chop stick walaupun asyik terlepas. |
Usai makan kita jalan-jalan di tepian Sungai Sumida menikmati udara malam. Seronok tengok lampu yang menghias malam. Jarang saya dan hubby keluar melepak malam-malam. Kali ini kita buang tebiat di tempat orang.
 |
Tokyo Skytree di malam hari. |
 |
One for the memory. |
 |
Muka barai tapi kita gagahi jua. |
Kami akhiri hari dan malam yang panjang dengan berjalan kaki balik ke hotel. On the way balik hotel kita singgah beli kebab Turki untuk moreh dan bekal sahur untuk esok. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin.🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}?
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment