Khamis, 20hb Mac 2025
Hari ini hari ke-4 kami di Jepun. Mungkin disebabkan cuaca sejuk melampau semalam, hari ini saya mula batuk-batuk dan sakit tekak. Semasa sahur pagi tadi saya dah telan dua biji Panadol dan minum Redoxon. Apa-apa pun, kita teruskan dengan perancangan hari ini. Ayuhlah kita teruskan perjalanan ke Gunung Fuji.
Dalam pukul 10:00 pagi kami check-out dari Hotel Blax, Hachioji dan menunggu anakanda datang pick-up. Depa sewa kereta sejak semalam khas untuk bawak Ummi dan Ayah ke Fuji hari ini sebab katanya tak sah kalau datang Jepun tanpa melihat Gunung nan seketui itu.
 |
Lobi hotel Blax yang simple, no frill. |
 |
One for the memory. |
Anakanda tiba dalam pukul 11:30 pagi dan kami terus gerak ke Fuji. Pemandangan sepanjang perjalanan dari Hachioji ke Fujikawaguchiko sangat cantik. Cuaca agak dingin tapi terang dengan awan yang putih. Kami singgah di Ogino Hypermarket, Yamanashi beli groceries dan bekal untuk ke homestay.
 |
Kawasan depan hypermarket diselaputi salji agak tebal, namun terang dan berawan. |
 |
Setambun snow depa tolak/kumpul agar tidak mengganggu jalan raya. |
 |
UV-ray pun sangat tinggi... terus hitam spek makcik. |
 |
Apa-apa pun kita posing dulu. |
Usai membeli, kami meneruskan perjalanan dan singgah di Tasik Yamanaka-ko untuk menggambil gambar. Yamanaka-ko bermaksud Lake in the Mountains, katanya antara tiga tasik terbesar di Fuji.
 |
Tepi tasik dengan langit yang terang. |
Dah puas di tasik kami meneruskan perjalanan lagi dan singgah di Oike Park, Fujikawaguchiko pulak. Suasana di sini lebih indah. Kawasannya masih seliputi salji tebal. Saya boleh duduk berangan lama-lama sambil menikmati dan jatuh cinta dengan pemandangan alam yang seindah lukisan.🥰
 |
Daratan, air, gunung-ganang dan langit... perfect combination...😍 |
 |
Sejukkk.... katanya. |
Kami singgah di Masjid Fujikawaguchiko untuk solat jamak Zohor & Asar. Cadangnya nak beli makanan untuk makan malam tapi kafe di masjid tidak beroperasi sepanjang Ramadhan. So kami hanya jalan-jalan melihat kawasan sahaja.
 |
Depan masjid. |
 |
Ruang solat wanita. |
Perjalanan dari Hachioji-Fuji sepatutnya mengambil masa satu jam sahaja tapi disebabkan banyak menyinggah (stop-over), pukul 3:00 petang baru kami tiba di homestay. Terus self check-in dan berehat. Homestay ni rumah sebuah, dua tingkat dengan satu bilik tidur dan ruang rehat yang luas di tingkat atas. Di tingkat bawah ada ruang tamu yang luas, dapur yang lengkap serta tandas. Tingkat atas hanya ada bilik air tanpa tandas.... agak kurang menarik di situ. Tapi dengan keluasan ruang yang ada, agak berlebihan untuk kami yang hanya 4 orang. Mungkin lebih sesuai kalau anakanda nak bawa famili mentua pulak nanti.
 |
Bilik tidur utama. |
 |
Ruang hall di tingkat atas yang luas siap ada extra toto, bantal dan selimut cukup untuk 5 orang. |
 |
Kawasan laundry dan bilik air di tingkat atas. |
Sepatutnya boleh nampak Gunung Fuji dengan jelas dari tingkap homestay ini. Tapi hari ini ianya terlindung di balik awan tebal. Kita tunggu dan lihat keadaan hari esok pulak.
 |
Menikmati sunset di celah awan. Di sebalik awan tu sepatutnya Gunung Fuji. |
Selepas check-in, anak menantu keluar belikan nasi biryani dan roti nan cheese dari kedai halal berdekatan. Ummi dan Ayah hanya duduk berehat di homestay sahaja. Hajatnya nak keluar solat Terawih di Masjid Fuji tapi dek keletihan melampau dan cuaca yang sejuk, kita tangguhkan dulu hajat nan satu ini. Mudah-mudahan dapatlah pahala niat. Aamiin.🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}?
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment