Jumaat, 21hb Mac 2025
Hari ini hari ke-5 kami di Jepun. Semalam kami tiba di Fuji dan bermalam di homestay berdekatan dengan Gunung Fuji. Hubby dah buat booking homestay dari Malaysia lagi. Kami menyewa untuk satu malam sahaja. Saya tak pasti berapa harga untuk satu malam tapi rumahnya sangat selesa. Dalam cuaca cerah, kita boleh nampak Gunung Fuji dengan jelas dari tingkap rumah.
Semasa kami tiba semalam cuaca agak berawan so Gunung Fuji itu seakan hilang dari pandangan. Hari ini, bila tiada awan, ianya kelihatan sangat indah. So ayuhlah kita tenung gunung itu puas-puas. Saya tak pasti apakah kepuasan yang sepatutnya tapi anakanda kemain semangat suruh Ummi posing sana-sini berlatar belakangkan gunung bertuah itu.
 |
Gunung Fuji dari tingkap rumah hari ini. |
 |
Port yang sama semalam... Gunung Fuji seakan tidak wujud. |
Malam tadi, batuk saya makin melarat dan badan pun panas macam nak demam. Usai moreh malam tadi saya telan panadol dan another round of Redoxon dan ubat batuk. By tengah malam saya makin gelisah dan perasaan nak balik Malaysia datang membuak-buak, dah macam homesick pulak. Mungkin saya dah bosan dengan cuaca sejuk melampau dan merindui cuaca panas tanah tumpah darahku.
Hari ini seawal pukul 9:00 pagi kami dah check-out. Kalau diikutkan hati saya nak terus pergi airport dan balik rumah. Tapi kita sabar dulu dan berfikir secara rational. Kebetulan hari ini cuaca dah bertambah baik, langit pun kembali cerah dah suhu pun dah meningkat ayuhlah kita teruskan perjalanan seperti yang telah disusun oleh hubby dan anakanda. Sebelum beredar kita snap gambar di luar homestay dahulu.
 |
Gunung Fuji dari halaman homestay. |
 |
Kawasan tepi homestay + kereta sewa. |
Destinasi seterusnya adalah ke perkampungan lama orang Jepun di Saiko Iyashi-no-Sato Nenba (Traditional Japanese Village), Yamanashi. Anakanda dah booking/sewa pakaian kimono untuk 4 orang. Sebelum berkimono kita nikmati keindahan semulajadi kampung lama Jepun dahulu. Nak masuk ke kawasan kampung ni kena bayar entrance fee. Lupa pulak berapa bayarannya.
 |
Geli pulak tengok ikan-ikan dalam kolam ni. |
 |
... namun airnya sangat jernih. |
 |
Rumah asal yang di-upgrade. |
 |
Snow masih memutih. |
Bila dah dapat haba matahari, saya mula segar dan boleh turut serta menikmati setiap perancangan yang disusun. Yang penting kita ambik gambar banyak-banyak. Kami berjalan kaki naik bukit ke rumah yang menyewa kimono. Saya tak pasti berapa sewa untuk satu persalinan. Semuanya anakanda yang uruskan. Kita tadah sahaja.
 |
Hubby pilih black and gold. |
 |
Kemain bergaya. |
 |
Ayah dan menantu bergaya dengan baju dan pedang samurai. |
 |
Abaikan pakcik-makcik yang baru belajar nak jadi romantik in public. |
 |
… berlatar belakangkan Gunung Fuji. |
 |
Kita sengih je lebar-lebar walau separa sihat. |
 |
Berlatar belakangkan Gunung Fuji lagi. |
 |
One for the memory. |
 |
Dengan anakanda puteri. |
 |
Berlatar belakang Gunung Fuji yang entah keberapa kali. |
Dah puas berposing sana-sini kami turun ke bawah semula. Ada gerai menjual macam-macam cenderahati dan makanan. Memandangkan sedang berpuasa, kita abaikan sahaja semua kedai yang ada. Nak beli cenderahati pun malas takut tercabar iman melihat makanan yang dipamerkan. Kami cepat-cepat naik kereta untuk beredar.
 |
Sempat posing di tangga sebelum turun ke bawah. |
 |
Tertarik dengan kincir air pulak. Mujur hubby sudi melayan. |
 |
Longgokan salji yang disapu dari jalan raya. |
Kami meneruskan perjalanan dan singgah ke Oishi Park pulak. Di sinilah sepatutnya port paling bagus untuk melihat Gunung Fuji dengan lebih dekat dan jelas. Semasa kami tiba, pengunjung sangat ramai. Saya ambik keputusan untuk duduk berehat dalam kereta sahaja, malas nak bersesak dengan orang ramai. Lagipun apa sangat nak ditengok sebuah gunung yang kita dah puas tengok sejak semalam. Hubby turun beli buah limau dan strawberi segar untuk isteri terchenta.
Akhirnya kami meneruskan perjalanan ke Asakusa, Tokyo yang mengambil masa hampir 3 jam. Jalan sesak dengan kenderaan yang berjalan mengikut peraturan. Kami tiba di Apa Hotel Asakusa-Eki-mae pada pukul 3:30 petang untuk check-in dan berehat di bilik hotel sementara anakanda balik ke rumah sewa suaminya. By pukul 5:30 petang anakanda datang semula membawa kami berbuka di Cafeteria Spice Jaya Pan-Asian. Usai makan kami balik hotel dengan segera kerana anakanda ada appoinment urusan sewa rumah baru sebelum memulangkan kereta sewa.
 |
Nasi + Kari/tomyam ayam for makcik. Depa hidang sup panas dalam cawan, kita hirup sahaja…sungguh menyegarkan. |
 |
Moreh dengan ais krim dan buah strawberi segar yang dibeli oleh hubby tadi. |
Alhamdulillah selesai aktiviti untuk hari ini walau dalam keterpaksaan. Badan rasa kembali segar selepas menghirup sup panas dan minum dua cawan teh-o hijau di kafe tadi. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin.🌹
{Cerita sebelum ini bole baca di sini}.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment