Tuesday 25 June 2024

Sakit dada, tengkuk, belakang leher dan belikat

Sejak dua hari lepas saya mula rasa sakit di bahagian bawah payudara sebelah kiri. To be precised, sakitnya terasa bila ditekan pada bahagian tulang rangka (dada) paling bawah ke arah sebelah kiri dada. Nak kata ada benjolan pun tak pasti, merah pun tidak, luka pun tidak. Bila ditanya Pakcik Google, jawapan yang paling hampir adalah kemungkinan masalah jantung, pencernaan atau gastrik. Bila ditekan (urut) saya akan sendawa (keluar angin) dengan bahagianya. Namun sakitnya tetap terasa bila ditekan/sentuh. Dan untuk sementara ini saya cuba bertahan dahulu. 

Saya pernah mengalami sakit belikat dan melarat hingga ke bahu dan tengkuk serta belakang leher selama beberapa minggu bermula lebih kurang 3 tahun yang lepas. Saya tak pasti apa puncanya. Saya cuma bertahan sendiri dan bila terasa sakit yang amat sangat saya akan telan dua biji panadol untuk melegakan kesakitan. Alhamdulillah ada hubby dan anak-anak tolong urutkan pada bahagian yang sakit. Dan setiap kali diurut saya akan sendawa (keluar angin) yang banyak dan rasa lega. Dan sambil-sambil berehat saya akan cari info yang berkaitan dengan sakit belakang. Semua benda di hujung jari so kita google sahaja.

Alhamdulillah saya terjumpa perkongsian dalam fb sebijik tentang apa yang saya alami. Saya share di sini untuk kebaikan yang lain juga. Mudah-mudahan pahala berpanjang untuk penulis asal.

Ada juga tentang urutan reflexology. Saya cuba picit/urut kawasan pergelangan tangan dan juga kaki. Alhamdulillah, menjadi.

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/sakit-tengkuk.

Selalu juga anak sulong saya belanja mengurut di Spa. Depa buat full body massage which is good, sangat relaxing tapi tidak hit di tempat yang saya sakit. Saya lebih suka anak-anak urut di rumah dan fokus di tempat yang sakit sahaja. Oleh kerana anak-anak dah jarang dapat pulang ke rumah dek kekangan tugas masing-masing maka saya terpaksa memilih cara yang lebih mudah. Alhamdulillah anak no-4 tolong belikan mini massage gun supaya Ummi boleh urut sendiri. 

Mesin urut mini.

Hingga kini saya tak pasti bagaimana saya mampu bertahan dengan sakit belikat yang sentiasa datang dan pergi itu. Yang pasti setiap kali kali menggunakan kekuatan tangan(belikat) untuk angkat berat seperti dukung cucu, belikat saya akan terasa sakit semula. Mungkin kerana tulang dan sendi sudah tua membawa penyakit tulang reput. Namun bila saya praktikkan penggunaan posture yang betul untuk beberapa hari, sakitnya akan berlalu pergi. So sekarang ini saya sudah mahir menjaga posture badan berdasarkan pengalaman sendiri. Kini, bila datang penyakit baru (di bahagian dada), saya terpaksa mulakan semula terapi diri secara cuba jaya. Mudah-mudahan tiada penyakit yang tiada ubatnya. Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua hingga ke akhirnya. Amiin.🌹

Sekian. 😊

No comments:

Ganti kepala paip

Sejak beberapa bulan ini tekanan air di rumah ini seakan menurun. Air keluar pun macam malu-malu terutama di bilik air tingkat bawah. Untuk ...