Thursday 6 June 2024

Dua malam @Hotel Raia, Alor Setar

“Lama kak tak mai noh… jak taon 2019 lagi…” Ramah adik kereta sewa tu memulakan bicara. Saya memang sudah biasa berurusan dengan adik itu sejak anak bongsu masuk sekolah asrama di Perlis. Kami akan naik flight dari KL dan turun di Alor Setar. Kemudian saya akan sewa kereta untuk ke Perlis. Tapi sejak anak bongsu saya dah habis sekolah, saya sudah tidak ke sana lagi. Kali ini kebetulan ada jemputan kenduri kawen di Alor Setar maka hubby bermurah hati menemani isteri terchenta, all expenses paid. Hubby sponsor tiket flight Air Asia, sewa hotel untuk dua malam dan sewa kereta untuk memudahkan pergerakan sepanjang di sana.

Kami tiba di airport Alor Setar pada hari Sabtu, dalam pukul 6 petang. Lepas ambik kereta sewa kami terus check-in di Hotel Raia yang mengambil masa tak sampai lima minit perjalanan dari airport. Kami dapat bilik di tingkat 4.

Lobby, full of colours.

Kaunter check in.

Sawah nun jauh dari tingkap bilik.

Bilik just nice.

Lepas berehat kami turun makan malam di kafe hotel sahaja. Hubby teringin nak makan gulai ikan temenung bila nampak pakej iklan dalam lif semasa naik ke bilik.

Set gulai kalut ikan temenung.

Lauk sama, sisi berbeza.

Esoknya kami sarapan di hotel sahaja. Hubby dah ambik pakej bilik sekali dengan sarapan, so kita makan sahaja apa yang sesuai. Tak banyak pilihan menu tapi cukuplah untuk alas perut sebelum pergi kenduri nanti.

Cucur udang, feveret makcik.

By pukul 11.30 pagi kami gerak ke dewan kenduri di Royal Kedah Club. Kami duduk makan dan bersembang dari awal bukak pintu dewan sehingga ke pukul 3:30 petang.

Dessert corner.

Pelbagai kuih pencuci mulut.

Dewan yang cantik.


Kami balik hotel semula untuk tukar baju sebelum jalan-jalan cuci mata di Pekan Rabu. Hubby beli dua helai baju, buah kabung dan dodol sementara saya memilih beberapa jenis rempah kari dan halwa maskat. Usai berbelanja saya pekena laksa Kedah, sementara hubby memilih mihun sup utara. Tak cukup dengan itu, on the way balik hotel kita singgah beli nasi kandar Yasmeen take away untuk makan malam pulak.

Komplex Pekan Rabu.



Mihun sup utara for him.

Laksa Kedah for her.

Nasi Kandar Yasmeen, (jangan pandang pada rupa).

Hari Isnin, pepagi lepas subuh lagi kami dah check-out, tinggalkan kunci kereta sewa di kaunter dan ambik Grab Car ke airport. Flight pukul 8:30 pagi dan kami selamat tiba di rumah semula dalam pukul 11 pagi. Home Sweet Home. Semoga perjalanan ini di redhai Allah. Amiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Ganti kepala paip

Sejak beberapa bulan ini tekanan air di rumah ini seakan menurun. Air keluar pun macam malu-malu terutama di bilik air tingkat bawah. Untuk ...