Monday 20 February 2023

Jalan-jalan Ipoh: Kellie's Castle.

Antara aktiviti yang saya suka adalah melawat bangunan yang cantik dan ada nilai senibina yang unik. Dah alang-alang ke Ipoh kita teruskan melihat-lihat di kawasan sekitarnya.

"Ummi tak saspen ke nak gi Kellie's Castle?"

Seriau jugak sebenarnya bila katanya ada cerita seram disebalik pembinaan bangunan istana itu. Tapi takpe, kita baca ayat-ayat pendinding sebelum melangkah masuk. Usai melawat kita buat solat jama' Zohor dan Asar di surau yang disediakan.

Kami tiba di sana dalam pukul 4:40 petang dalam hujan renyai. Bayar tiket masuk RM5 seorang, plus parking RM2. Lepas parking kami bergerak ke arah istana yang terletak di atas bukit. Sebelum tu kena lintas jambatan dan panjat tangga untuk naik ke atas bukit. Musykil jugak macamana keluarga Kellar tu dapat harta atas bukit macam tu. Apa-apa pun balik nanti kita tanya Mr Google.😁

Depa tutup pukul 5:30 petang. By pukul 5:15pm depa akan bunyikan siren menandakan semua pelawat kena bersedia untuk keluar dari castle tu.

Tempat lovebirds letak/sangkut kunci mangga sebagai simbol cinta yang tak mungkin terlerai.❤ 

Boleh baca sejarahnya kat sini.

Saspen betul tengok awan mendung betul-betul atas bangunan rumah asal tu.

Blend pulak suasananya dengan baju makcik.



Laluan naik ke tingkat atas dan balkoni.

Katanya roh Mr Kellar masih belum cross over, so rohnya masih  berlegar-legar di kawasan balkoni putih tu di malam hari.


Kami hanya berlegar-legar di dalam istana selama lebih kurang 30 minit sahaja. Tak banyak pun yang dapat dilihat. Kebanyakan biliknya dikunci dan tiada lampu. Kami hanya mengintai dari luar sahaja. Tetiba pulak hujan mula turun dengan lebatnya dan siren pun dah dibunyikan maka marilah kita pulang.

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....