Monday 20 February 2023

Sekali tak dapat jogging, kita ganti dengan makan, makan dan makan.

Rutin pagi hujung minggu sepatutnya pergi jogging. Dan pagi tadi kami dah ke Taman Tasik Ampang dengan harapan besar nak pusing keliling tasik. Tapi penuh pulak tempat parking dengan kereta yang entah dari mana. Pusing punya pusing baru nampak ramainya manusia duduk berkumpul keliling tasik. Rupa-rupanya depa ada program memancing. So sebagai tidak menyesakkan keadaan kita pusing ke kedai makan Kak Mah pekena laksa (breakfast) dan take away kuih dan nasi berlauk (untuk lunch). Sesi jogging kita tunda petang nanti.😁

Laksa lemak Kelantan for me.

Pulut manis+serbuk kacang hijau+kelapa parut.
(Lupa nama khas dia)

By petang tetiba hubby ajak jogging kat Putrajaya sambil nak bawa cucu naik basikal keliling tasik Putrajaya. Basikal tu Tok Ayah beli untuk hadiah birthday dua orang cucunya minggu lepas. Sepatutnya bagi masa birthday depa hari tu tapi disebabkan rumah depa dalam awan, takde tempat nak main dan simpan maka kami bawa balik simpan kat rumah nenek. Dah seminggu berlalu belum dapat main lagi. Tanpa dijangka, on the way ke sana hujan turun dengan lebatnya. Kita cancel semua plan dan singgah minum petang di Kopi Mesin Ayer@8. 

Penuh meja for me and him.

Salted caramel frap for me.

Kenapa la keropok lekornya dah macam rupa kayu balak.😄

Usai mengopi kami singgah solat maghrib di rumah anakanda putri dan sambung dinner di D'Tandoor Ayer@8 pulak. 

Lemon grass and lychee mojito for me.

Nasi pilau dengan chicken vindaloo for me.

Lepas makan baru Tok Ayah usung basikal untuk cucu-cucunya. Kemain excited Tok Ayah nak tengok cucu-cucunya kayuh basikal.🥰


Alhamdulillah sempat jugak tengok cucu main basikal malam-malam sambil berfikir... apalah namanya nak diet... Dah la tak dapat jogging, isi pulak dengan segala mak nenek makanan lepas tu bising "Penat dah diet tapi tak kurus kurus..." 

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....