Sunday 5 February 2023

Azam lagi, sambung jogging dan jogging

Sejak dapat banyak komen tentang pengembangan diri ini maka saya dengan penuh semangat memperbaharui azam yang belum kesampaian ini. Sejak dah pencen ni makin mencanak-canak pulak bacaan mesin timbang itu. 

Alhamdulillah setakat ini saya dah konsistan ambik sesenduk nasi sahaja setiap kali makan dengan sedikit lauk dan sayur. Selebihnya saya top up dengan buah dan air kosong. Menu pun dah mula bertukar kepada makanan kurang lemak walau perit nak meninggalkan masak lemak dan teh tarik. Namun begitu hingga kini pengembangan body ini masih tidak boleh dibawa berbincang. Macam takde kesan je. Agaknya sebab dah berusia begini, metabolisma dah menurun maka apa sahaja yang masuk dalam mulut terus kekal dalam badan tak mau keluar.

Maka pada tahun ini saya dan hubby meneruskan perjalanan ke arah hidup sihat kami. Dan seperti biasa juga rutin destinasi kami ialah Taman Tasik Ampang Hilir. Awalnya semangat tinggi menggunung nak berjogging sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali keluar berjogging. Tapi rupa-rupanya dapat bertahan dengan berjalan kaki sahaja. Tak larat nak catch-up berjogging dengan hubby. Gemuk-gemuk hubby pun masih boleh berjogging dengan konsisten. 


Cantik pulak nampak ikan-ikan dalam tasik ni.
 

Lagi pulak bila dah tinggal berdua ni hubby asyik ajak makan kat luar sahaja maka apalah gunanya jaga makan di rumah tapi di kedai kita bedal semua benda depan mata. 

"Seimbang la tu... kalu kat rumah pun bedal semua benda lagi la haru..." begitulah.


Sekian. Semoga terus istiqamah menjaga kesihatan hingga akhirnya.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....