Saturday 18 February 2023

Dating Geng Cikgu Pencen al-Amin.

Dah beberapa kali kami buat planning untuk keluar bersama tapi asyik tertunda dek pelbagai alasan. Bila masing-masing dah pencen, lebih banyak masa diperuntukan untuk bersama keluarga lebih-lebih lagi yang dah bercucu. Ada juga yang dah pindah ke tempat baru. Tapi kali ini kita buat sampai jadi. Walau hanya dengan beberapa ahli yang ada kelapangan, akhirnya pada satu hari Jumaat yang indah dapat juga berkumpul setelah sekian lama tidak duduk semeja. Alhamdulillah.🌹

Kami pilih makan-makan (brunch) di Farm Cafe, Batu Caves. Depa hidang menu ala-ala hipster tapi sesuai jugak untuk makcik-makcik yang berjiwa muda macam kami.😘

Pelbagai minuman.

Kulim mushroom soup.

Taco.

Toast with porch eggs.

Kita share semua makanan sama-sama pakat rasa sikit sorang.

Waffle berlauk...


Benarlah kata orang, when you're with friends you never know time flies. Kami duduk borak dari pukul 10:15am hingga 12:45pm. Memang tak sedar masa berlalu.

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....