Friday 25 June 2021

Sepagi di laman sejemput

Hari ini tetiba rasa terlebih sihat. Pagi tadi dah keluar berjogging keliling taman dengan hubby. Lepas tu ke Ampang mencari nasi air dingin. Maka penuhlah meja dengan nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang serta kuih muih. Apa nak dikata... kita jogging kita makan lepas tu jogging pulak lepas tu makan lagi.

Kemudian berbekalkan lebihan tenaga yang ada kita melawat laman sejemput sambil berbual mesra dengan makhluk yang yang ada sambil kuis tanah tanih.

Re-arrange pasu-pasu di laman dapur. Kesian semuanya macam dah tak bermaya.

Pokok basil galak berbunga.

Pokok kari galak mengeluarkan pucuk baru selepas di pangkas minggu lepas.

Anak pokok hydrangea nampak subur. Saya semai dari batang induk yang dah patah. Lupa pulak bila saya semai. Rasanya macam dah berzaman.

Pokok ivy pun mula segar. Saya potong dari induk yang dah nak mati dan semai dalam beberapa pasu.

Pokok bunga ros juga mengeluarkan pucuk baru. Haritu dah nak mati, saya potong batang yang dah reput, salin pasu dan tambah tanah baja.

Semua dah beratur di bawah panas mentari.

Mudah-mudahan semuanya terus subur menghiasi halaman rinduku. Moga Allah bantu.

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....