Saturday 5 June 2021

Ganti kepala paip sinki dapur pulak.

Saya dah tak ingat bila last saya service paip air kat sinki dapur ni. Tapi yang pasti dah agak lama saya bertahan dengan kerenah paip air itu dengan prinsip selagi dapat bersabar kita sabar je. Lagipun sekarang masih dalam musim Covid dan PKP masih berlangsung, tambah dengan lockdown lagi, payah pulak nak panggil plumber datang rumah. Tapi bila handle tap pun dah tanggal maka terpaksalah saya berusaha sehabis baik. Kalau setakat saya seorang, boleh sahaja saya bertahan sampai bila-bila. Tapi kesian pulak anak-anak tersiksa setiap kali nak buka paip. 

Handle sebelah kiri tu asyik tertanggal hingga haus geriginya.

First thing first, haruslah ada peralatan untuk membaik pulih. Spanar dan tali tape putih memang sentiasa tersedia dalam rumah saya. So saya cuma beli kepala paip yang baru sahaja. Alhamdulillah ada  kedai hardware yang berdekatan dalam radius 10 km dari rumah saya. Harga RM125 sahaja untuk batang paip dua kepala.

Ini sahaja barang-barang yang perlu.

Satu lagi masalah ialah saya masih menggunakan penapis air tradisional. Pasang sendiri wayar kat kepala paip tu kemudian tadah air dan masak untuk jadikan air masak sejuk.

Penapis air sejak zaman berzaman.

"Umi beli la Coway... senang."

Beberapa kali juga anak-anak suruh saya tukar penapis air tu kepada Coway, tapi saya lebih suka tapis air dan masak sendiri... sangat la old school.


Yang asyik tertanggal setiap kali saya tapis air.

Saya memang suka buat kerja-kerja sendiri. Ala-ala kemahiran hidup gitu. Mudah sangat kerjanya. Cuma kena cabut kepala paip lama dan ganti dengan kepala paip yang baru. Tapi sejak dah masuk usia emas ni, kudrat pun dah kurang, maka terpaksalah perturunkan ilmu kemahiran hidup tu kepada satu-satunya anak bujang yang ada kat rumah ni. Alhamdulillah dengan pertolongan anak bujang, kerja-kerja mengganti kepala paip yang dhaif sejak sekian lama siap dalam masa 15 minit sahaja. 

Sebelum

Selepas. Alhamdulillah.

PS: Bila dah masuk fasa lockdown ni akan banyak masa duduk rumah...maka akan banyak lagi cacat cela yang akan tersingkap. Kita sabar dulu... buat projek satu-satu.

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....