Tuesday 10 November 2015

Projek Bubur Asyura Kasih Sayang

Minggu lepas tetiba rasa nak buat projek bersama guru-guru. Sebenarnya dah lama saya teringin mengembalikan nostalgia lama di mana semua guru duduk bersama dalam suasana santai tanpa memikirkan masalah sekolah. Sejak kebelakangan ini semua orang sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing hingga terlupa akan ukhuwah yang mulai rapuh. Alhamdulillah dengan sedikit inisiatif serta sokongan beberapa guru yang mempunyai gelora rasa yang sama akhirnya projek bubur asyura ini berjaya dilaksanakan.

Tidak memakan banyak belanja pun. Kita buka kepada siapa yang ingin menyumbang. So masing-masing guru membawa bahan yang sedia ada dari rumah masing-masing. Konsep sukarela. Ada yang sediakan bahan. Ada yang sediakan tenaga untuk proses penyediaan dan proses mengacau. Ada yang sediakan masa, sama-sama duduk borak menemani chef yang sibuk di dapur dan macam-macam lagi.
Chef dan little chefs.. 
Alhamdulillah hasil usaha bersama kami dapat menyediakan dua periuk besar dan satu kuali besar bubur asyura untuk dikongsi bersama semua guru.
Proses agihan.. 
Teraju utama
Pisang kami tak campur dalam bubur sebab takut lembik sangat. Kami potong kecik-kecik dan terus masukkan dalam bekas untuk agihan. Lepas tu baru kami tuang bubur tu ke dalam setiap belas yang dah disediakan itu.
Bahan utama:
3 kg tepung beras
3 kg santan segera
2 kg keledek putih (rebus biar empuk)
2 kg keledek oren/kuning (rebus biar empuk)
2 kg pula pasir
2 kg gula merah
3 tin kacang kuda
3 ting kacang merah
3 tin jagung manis
1 kg kacang hijau (rebus biar empuk)
300g biji sagu
sesikat pisang
daun pandan

Campur semua bahan, masuk dalam periku/kuali, tambah air dan kacau bergilir-gilir tanpa henti hingga masak.

Alhamdulillah pada hari Jumaat 30 Oktober 2015, semua warga al Amin dapat merasa bubur asyura kasih sayang versi utara sikit sorang.

PS: Tahun depan mungkin boleh buat bubur asyura versi Kelantan pulak..



No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...