Thursday 26 November 2015

Diamlah..........kerana itu lebih baik.

Dah banyak hari saya asyik marahkan si Ali. Asalnya setiap kali bangun pagi deria bau saya pasti menangkap bau kencing kucing. Buka je pintu bilik memang itu lah bauan utama yang menerpa saraf hidung saya. Siapa lagi nak disalahkan jika bukan kucing jantan nan seekor ini. Sejak si Ali ni jadi bapak, asyik kencing merata saja. Kadang kat sofa, kadang kat laundry, kadang kat bucu meja, kadang kat beg sekolah anak-anak. Pendek kata suka hati dia je nak pancut memana. Yang paling buat saya naik angin satu badan ialah apabila dia mula memancut kat langsir dan batang pokok hiasan saya. Tetiba je saya rasa nak bagi hukuman buang daerah.

So hujung minggu hari tu ni saya habiskan masa dengan mencari dan mengesan punca bau tu. Saya turunkan langsir. Lepas tu basuh dan sental hingga hilang bau. Rupa-rupanya bau itu hilang pada deria saya sahaja. Betul lah kata orang sekali kucing tu kencing di suatu tempat dia akan ulang buat benda yang sama berulang kali. Maka setiap kali juga saya terpaksa basuh lagi dan lagi dan lagi. Seperti biasa juga saya akan berleter dan marah-marah pada binatang yang tak berakal itu. Dan setiap kali juga Ali akan pandang saya buat bodoh. 

"Umi....atas katil Nina ada taik kucing!!!" 

Abuni pulak satu hal lagi. Suka hati dia je berak atas katil. Saya memang dah kenal perangai si Abuni. Pembersih tapi menyusahkan orang. Dia hanya akan berak pada tempat yang bersih sahaja. Sekiranya litter berak dia dah penuh tak de nya nak pi cari tempat kat kawasan luar rumah. Sukahati dia je cari port baik dalam rumah. Hari ni dah masuk kali ke3 dia melepas atas karpet. Semalam beriya-iya saya sental karpet tu. Ikut kan hati memang dah tak larat nak buat kerja-kerja tu semua. Masa muda-muda dulu sibuk kisahkan taik anak-anak. Bila dah tua ni sibuk hal taik kucing pulak. Mudah-mudahan Allah tidak uji saya dengan taik cucu-cucu pulak.... Walaupun semua benda  yang Allah bagi tu ada ruang untuk mengutip pahala tapi ia juga datang dengan pakej dosa. Kalau setiap hari dok membebel sebab penat nak menguruskan semua benda mana nak datangnya pahala. Lagi bertambah dosa pulak.

Lama saya berfikir mencari hikmah disebalik kehadiran kucing-kucing ini. Dihujung usia begini masih banyak bekalan yang perlu saya cari untuk dibawa ke akhirat nanti. Tanpa harta, ilmu dan anak-anak soleh, apa lagi yang boleh diharapkan dalam mengumpul bekalan itu.

Kata Nabi SAW, mudah saja mencari pahala dalam hidup ini. Niatkan membuat sesuatu perkara hanya kerana Allah. Tapi macamana nak niatkan hal-hal yang berlaku ini kerana Allah? Niat itu di hati. Dan hati itu Allah yang pegang. Akhirnya saya diam, diam dan diam.Tak perlu berleter, tak perlu bising, tak perlu cakap banyak-banyak. Buat je apa-apa yang perlu dalam diam. Tak perlu stress. Kalau rasa penat, berehat sekejap. Kumpul tenaga dengan membanyakkan solat sunat dan membaca al-Quran. Saya diam untuk diri sendiri. Untuk menjaga hati sendiri.

"Hang kena sentiasa jaga hati.... jangan bagi sakit. Selalu sangka baik ngan orang. Dengan binatang pun kena sangka baik.....depa nak bagi pahala kat kita." Tika dan saat ini saya begitu rindu dengan nenek. Rindu mendengar nasihatnya. Rindu teman bicara yang memahami jiwa saya.

Sungguh.....saya sangat penat dengan urusan kucing-kucing ini. Dan kepenatan itu memberi kesan emosi yang yang tak dapat dijangkakan. Dan kesan emosi itu membuahkan perkara yang juga tidak dijangkakan. Kesan yang lama dan panjang......




No comments:

Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...