Monday 2 November 2015

Unser berwajah baru

Dah lama Unser saya ni berbudi  pada kami sekeluarga. Nak masuk 13 tahun usianya. Alhamdulillah masih gagah setia menabur bakti. Dah lama juga saya berhajat memberi nafas baru pada Unser nan satu ni. Dah jadi macam kereta sendiri pulak. Hakikatnya tak pernah pun Unser ini ditukar hakmilik. Lupa pulak saya hanyalah second driver. Walaupun selama ini saya yang sponsor bila buat servis, bayar insurans dan roadtax. Betul la tu. Takkan nak pakai kereta buta-buta pulak. Mesti la nak kena tanggung kos maintanence dan sebagainya. Unser ni hubby dah habis bayar so tak payah nak fikir tentang nak bayar loan atau risiko kena tarik kalau terlupa nak bayar ansuran bulanan.  Cukup la nak pakai kereta dengan rezeki Allah. Jadi supir angkut anak-anak pergi balik sekolah....

"Kita bawa gi kedai Melayu lah. Kat Keramat tu banyak je bengkel Melayu. Boleh la tolong bagi income untuk raya Haji ni..." 

Hubby sentiasa kekal dengan semangat patriotiknya. Kalau boleh semua nak pi kedai Melayu. Nak tolong Melayu. So setelah pilih warna dan berbincang tentang harga kami pun setuju dengan harga yang ditawarkan.

"Kereta akak ni besar. Insya Allah seminggu baru siap."

Saya tinggalkan Unser di bengkel tu pada hari Sabtu, hari pertama cuti sempena Hari Raya Aidil Adha. Sekolah kami dapat cuti seminggu. So sempat la nak tunggu kereta siap sebelum buka sekolah semula hari Senin nanti.
Pada hari Selasa, selepas 4 hari kena tinggal kami pi ziarah nak tengok perkembangan. Depa dah siap kikis cat lama dan letak undercoat. Dalam gampar ni cantik je macam warna silver. Tapi keadaan sebenar macam bangkai kereta lepas terbakar. Huduh sungguh !.
Lepas kikis depa ketuk dan letak simen kat tempat yang kemek dan tidak rata. Lepas tu letak undercoat oren tu. Bahagian yang tak dicat depa balut dan bungkus dengan surat khabar lama. Nampak sangat teliti pembuatannya.
Patutnya lampu depan tu depa cabut. Tapi entah macamana mekanik yang repair kereta ni dulu letak gam gajah gamaknya dah tak boleh nak tanggal. So depa balut ngan surat khabar kemas-kemas supaya tak terkena semburan cat nanti.
Dah siap balut dengan surat khabar sedia untuk disembur cat.
Alhamdulillah seperti yang dijanjikan kereta saya siap dalam masa seminggu. Saya hantar hari Sabtu sebelum Raya Haji. Siap pada hari Sabtu petang minggu berikutnya. Mula tu terkejut juga tengok warna akhir tu. Nampak lain benar dari yang saya order. Tapi hubby kata memang dah betul warna yang kami pilih. Entahlah. Saya pun dah tak ingat apa kod warna yang saya pilih. Tak ingat pulak nak catat. Agaknya saya tetiba buta kaler masa dok belek katalog tempoh hari. Bila dah cat kat kereta betul-betul baru nampak the true colour. Tak kisah lah. Yang penting kereta tu selamat untuk dinaikki. Setakat hari ni dah lebih sebulan kereta tu masih segar berbau cat baru. Tak sempat berbasuh lagi. Bagus juga kami pilih warna cat baru ni. Heavy duty. Tak nampak kotor sangat, tak payah nak basuh selalu.

PS: Jumlah kos RM2400. Hmm....rezeki tokey bengkel tu buat belanja keluarga sempena raya haji 2015. 



No comments:

Basuh kipas dinding & tukar mentol lampu

Setiap kali anak-anak jantan pulang ke rumah, ada sahaja projek panjat memanjat yang akan saya susunkan. Biasanya sebelum ini saya akan buat...