Monday 30 November 2015

Yes, officially cuti, dengan penuh harapan.....

Hari ni secara rasminya diisytiharkan cuti akhir tahun saya bermula. Selepas submit/emel markah Folio pelajar Tingkatan 4 Prinsip Akaun kepada ketua Pentaksir Kawasan pagi tadi, kerja mengajar tahun 2015 secara rasminya selesai. Hanya menunggu keputusan peperiksaan PT3 bagi subjek Matematik dan Prinsip Akaun SPM yang baru berlangsung minggu lepas. Mudah-mudahan apa yang saya usahakan sepanjang tahun ini membuahkan hasil di dunia dan juga di akhirat.


Walaupun secara tak rasminya cuti sekolah saya sudah bermula sejak minggu lepas tapi selagi SPM belum selesai guru-guru subjek SPM bergilir-gilir datang ke sekolah untuk menemani pelajar. Memberi semangat akhir sebelum mereka berjuang dalam dewan peperiksaan.

Alhamdulillah sepanjang minggu lepas saya ditemani anak dara manis dua beradik tu. Kebetulan Hidayah bercuti semester selama 10 hari so hari-hari saya dipenuhi dengan aktiviti santai girls only....:)

Aktiviti utama sudah tentulah shopping, shopping dan shopping walaupun hanya sekadar window shopping. Jalan-jalan cuci mata sambil berangan. Sembang santai sambil menjamu selera apabila perut lapar. Tidak terikat dengan rutin harian aktiviti rumahtangga yang amat memenatkan. Saya memperuntukan sejumlah bajet untuk kami bertiga. Apalah salahnya berbelanja untuk diri sendiri dan anak-anak setelah penat bekerja selama ini. After all, sejak Dayah ke Kuantan bukan selalu boleh berlibur dengan anak dara saya ni. Sekali-sekala kebetulan dapat cuti bersama so kita gunakan masa yang Allah kurniakan itu sebaik mungkin.

Setiap hari ada sahaja aktiviti yang hendak dibuat. Sementelah pula saya dah susun projek cuti sekolah sejak sebelum cuti lagi. Pelbagai projek ubah suai dan susun atur dalam dan luar rumah telah saya rancang. So sementara cuti ni lah nak merealisasikan impian yang hanya tinggal angan-angan selama ini. Nak bawa depa pergi holiday dan cuti-cuti Malaysia tak cukup bajet. So kita berpadalah dengan apa yang ada. Cuti-cuti cuci mata sekitar Ulu Kelang jelah kita sambil singgah makan-makan di mana perlu...

Singgah bernasi lemak pada suatu pagi yang hening di warung apatah kat Wangsa Maju.
Lunch di Jom Bali Western setelah penat bertawaf di Aeon Big Wangsa Maju.
Menu biasa saya.....
Girls only...@ Nandos, Jusco Aeon, Setiawangsa
Berpizza-pizza@Pizza Hut Taman Permata

"Umi....kat satu website tu ada jual blouse 3 helai RM100."

"Ala...Dayah jahit je sendiri. Lagi rasa puas sebab hasil usaha sendiri."

Selain projek saya, Dayah juga ada projek sendiri. Acara menjahit blouse secara pukal. Sebenarnya tak de lah berapa pukal sangat. 3 helai je pun tambah sehelai baju Nina. Kami beli kain kat Nagoya, balik terus potong. Malam tu terus pi kedai jahit tepi. Balik terus buat operasi menjahit sampai pukul 2 pagi. Awalnya nak tambah buat jubah sendiri. Tapi tetiba rasa malas pulak sebab nampak kat satu kedai tu ada jubah dah siap dengan harga mampu milik. Nina tengok je kami rembat dua pasang sorang. Sian Nina tak ada saiz.

"Tak pe, nanti Nina dah besar sikit boleh inherit jubah kakak..."

Projek menjahit blouse
Ada juga projek masak memasak. Tapi tak de lah excited sangat sebab acara memasak tu dah jadi rutin harian. Hari-hari pun saya masak. Jadi tak ada apa yang special pun. Cuma yang happening sikit masa buat projek pavlova yang jadi tak jadi. Semangat depa dok putar putih telur buat meringue. Lepas tu bakar. Sat hangit sat tak hangit. Nasib baik saya dah sediakan telur 2 dozen. Lepas tu putar krim pulak. Lepas tu hias dengan buah-buahan high class pulak. Adoi..... tak mampu saya nak maintain makanan orang kaya nih. Pakai telur putih sahaja pulak tu. Dah menimbun telur kuning dok terperap dalam fridge sampai hari ni tak tahu nak buat apa. Sabar je lah. Lepas ni nak kena google resepi menu berasaskan telur kuning pulak. 

Pendek kata sepanjang minggu lepas masa saya terisi dengan kerenah anak dara saya dua beradik ini. Sangat banyak perkara yang kami kongsi bersama. Sedar tak sedar rupanya saya dah punya anak dara yang sudah boleh berkongi rasa. Gelak ketawa senyum tangis bersama. Berkongsi rasa suka dan duka. Depa dah boleh mendengar segala cerita saya tanpa prejudis. 

Hajat hati nak ikut Dayah balik Kuantan untuk beberapa hari. Bercuti sambil rehatkan minda. Dah plan nak beli tiket bas sama-sama lepas tu sewa homestay kat Kuantan. Cuti-cuti santai di tepian pantai..... Hmm... betulah kata orang kita hanya boleh merancang. Allah jua penentu segalanya. Tak kan lari pantai dikejar. Ada rezeki mudah-mudahan termakbul jua hasrat di hati. Yang penting jangan berhenti berharap.....



PS: Bye Dayah. Jumpa lagi di lain kali. Semoga  selepas ini boleh study posting baru dengan tenang....

No comments:

Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...