Saya jarang buat planning untuk masak. Biasanya bila tiba waktu untuk memasak saya akan periksa apa-apa stok yang ada lepas tu terus decide menu on the spot.
Suatu pagi tiba-tiba teringatkan cucur bawang zaman kecik-kecik dulu. Kak Zah jiran sebelah rumah saya masa di kampung dulu rajin buat cucur bawang ni. Dia juga tidak pernah lokek untuk berkongsi makanan dengan saya. Kadang-kadang bawa bekal pi sekolah. Kami selalu berjalan kaki sama-sama untuk pergi dan balik sekolah sebab kami tak ada kenderaan. Sepanjang perjalanan sejauh 2km itu kami akan bercerita tentang cita-cita dan harapan masa depan. Masa tu kami masih di sekolah rendah. Kenyataannya selepas lebih 30 tahun harapan dan cita-cita kami terkubur mengikut takdir masing-masing.....

Keluarga saya jarang masak cucur sebab nak berjimat cermat. Cucur bawang memerlukan minyak yang banyak untuk menggoreng. Dan minyak masak agak mahal pada masa tu. Jadi nenek saya akan buat catuan. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja kami boleh menikmati cucur bawang ini. Biasanya nenek akan masak lempeng kelapa yang tak memerlukan minyak yang banyak. Minyak hanya untuk sapuan sahaja supaya lempeng itu tidak melekat pada kuali.
"Minyak ni kena simpan kot-kot nak goreng ikan. Sat gi hang nak makan nasi tak dak lauk pulak...."
Nenek akan sediakan ikan goreng untuk saya dan ikan bakar atau ikan kukus cicah air asam untuk dirinya sendiri. Baru saya faham kenapa nenek membuat catuan. Nenek akan simpan stok minyak untuk menyediakan ikan goreng saya sebab saya saya tak tahan pedas kalau makan ikan bakar atau ikan kukus cicah air asam. Sebabnya air asam nenek memang pedas kaw-kaw hasil pokok cili api tanam sendiri. Rupa-rupanya kebiasaan nenek makan ikan bakar dan ikan kukus ini sebenarnya penyebab body nenek kekal langsing hingga akhir hayat. Nenek juga suka masak kuih-kuih bertemakan kukusan. Apam kukus, seri muka, kuih lapis, lepat ubi, lepat pisang, tepung talam dan pau inti kelapa. Jarang sangat nenek buat menu goreng-goreng. Biasanya nenek akan kukus atau bakar. Sungguh nenek seorang yang sangat rajin. Malangnya kerajinan itu nenek bawa bersamanya, tidak turun kepada saya.
Apa yang saya rajin? Entah lah. Saya cuma hendak memenuhi impian dan mengimbau kenangan makan cucur bawang simple tanpa apa-apa additive dan preservative.
Apa yang saya rajin? Entah lah. Saya cuma hendak memenuhi impian dan mengimbau kenangan makan cucur bawang simple tanpa apa-apa additive dan preservative.
Cucur bawang simple....
2 biji bawang holland (lagi banyak lagi sedap)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1/2 sudu teh garam (secukup rasa)
1 sudu teh gula pasir (kalau suka rasa manis)
Gaul semua bahan dalam mangkuk dengan air secukupnya.
Biarkan selama 30 minit sebelum digoreng dalam minyak yang banyak. tujuan membiarkan adunan tu ialah untuk membiarkan enzim-enzim dalam bawang tu keluar dan menyebatikan adunan supaya menjadi garing di luar dan lembut gebu di dalam selepas digoreng nanti. Juga untuk menjadikan cucur kekal lembut walaupun dah sejuk.
PS: Pasang kipas kuat-kuat berangan makan cucur bawang cicah sos cili di tepi kali.... sorang-sorang.
No comments:
Post a Comment