Memandangkan anak-anak suka makan ayam maka berayam-ayamlah kami sekeluarga. Menggunakan resepi asas ayam goreng saya variasikan adunan kuahnya sahaja. Ayam masak kicap, masak merah cili, masak merah tomato, kuah percik, kuah paprik, dan macam-macam lagi. Nak glamer konon ayam selasih, saya tabur je daun-daun selasih tu di akhir masakan.
Ayam selasih....
Padahal guna resepi asas masak kicap je....:)
Tapi bila masukkan segenggam daun selasih, memang rasanya lebih berperisa. Daun-daun tu saya kutip ratah. Malam tu asyik buang angin je. Alhamdulillah agaknya berkat khasiat daun selasih. Mudah-mudahan keluarga saya lebih sihat apabila umi menggunakan bahan-bahan asli segar dari ladang.
PS: Entah kenapa sejak akhir-akhir ni perasaan malas memasak tu makin menjadi-jadi pulak...
No comments:
Post a Comment