Tuesday 8 December 2015

Teman setia..... Setia menemani.

Semalam teman hubby pi USIM. Sebenarnya bukan pi USIM pun. Seperti biasa saya drop hubby kat USIM lepas tu bawa kereta buat program sendiri. Hubby ada kelas sampai kol 9.15 malam so kengkonon saja la nak teman sembang dalam kereta takut mengantuk masa nak drive balik memalam nanti. Alang-alang dah cuti sekolah boleh lah isi masa sambil-sambil cuci apartment kat Nilai tu. Dah berhabuk dan bersawang. Sambil-sambil tu berangan macamana nak deko lepas buat renovation nanti. Semenjak dah bebas dari tanggungjawab pengurusan sekolah sekarang ni otak dok fikir pasal pengurusan rumah tangga merangkap 'pengurusan' diri pulak. Sebenarnya saya lebih concern tentang pengurusan diri yang dah mula mengumpul lemak di tempat yang tak sepatutnya. Nak berjogging dah tak larat so kita keluarkan peluh dengan aktiviti dalam rumah sambil berkebun.....

Apartment tu dah ada sejak hubby join USIM lagi. Sebagai tempat transit bila-bila masa hubby ada kelas lewat malam dan penat nak drive balik Ampang. Hanya ada keperluan asas seperti set bilik tidur, sofa dan TV sahaja. Setakat ni kami hanya take away atau makan kat kedai. Malas nak masak-masak selagi belum ada kabinet dapur. Perangai saya sejak dulu, perkara pertama yang akan saya tengok kat mana-mana rumah adalah kabinet dapur. So setiap kali pindah rumah perkara pertama yang wajib ada adalah kabinet dapur. Padahal bukannya rajin masak pun. Saja perangai pelik sejak azali gamaknya. Hubby pun dah faham perangai saya. 
The Windmill Station@Nilai.

"Kalau kita pindah Nilai sapa nak jaga anak-anak kucing tu?"

Entahlah..... saya pun tak terfikir sampai ke situ lagi. Lagipun rasanya sempat kot budak-budak tu membesar sebelum kami pindah. At least nak biarkan Amin sekolah kat Gombak sampai habis SPM dulu. Kita hanya merancang. Allah yang akan tentukan nanti.

Hari ni dah masuk 2 bulan usia anak-anak kucing ni. Tapi masih menyusu. Sebelum ni dah ada kawan-kawan Nina dah siap booking anak-anak kucing ni. Tapi dah besar begini sayang pulak nak bagi kat orang. Sementara cuti ni kami bela je dulu. Penat memang penat. Terutama dalam hal kebersihan. Tapi layankan jelah. Sapa lagi nak jaga depa kalau bukan saya. 

Bujay, pengganti Abu.
Lijah, copy paste bapaknya. Cuma ekor tak cukup panjang. 
Malik Noor paling banyak makan. Badan dah nak sama saiz dengan maknya.

Walaubagaimanapun semua anaknya tak boleh lawan kecomelan Abuni zaman anak dara. Rasanya Abuni juga seusia budak-budak ni masa mula-mula datang rumah saya dulu. Kesian dia tak sempat nak enjoy zaman single dulu. Tiba-tiba je dah termengandungkan anak-anak Ali. 

Abuni zaman anak dara sentiasa menemani saya buat kerja.

Hingga kini pun Abuni masih setia menemani saya bermula subuh hari, setiap hari tanpa gagal. Bersama-sama anak-anaknya menceriakan keluarga kami.

PS: Teman yang baik akan sentiasa bersama kita dalam suka dan duka, susah dan senang.....

No comments:

Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...