Semalam ke Shah Alam. Hubby ada program USIM kat hotel Grand Bluewave. Dah lama hubby ajak join kalau dia ada apa-apa program out-station. Tapi biasalah kita ni dok memikir susah nak tinggal anak-anak kucing takut mati kebulur kat rumah. Lagipun kalau setakat ikut program bukannya boleh buat apa sangat. Melepak kat bilik hotel jelah jawabnya.
Kebetulan ada anak saudara hubby yang tinggal kat Shah Alam baru lepas bersalin, boleh la kami sambil-sambil pi berziarah. Hubby ada program 4 hari 3 malam tapi saya cuma pi join untuk satu malam sahaja. Kesian nak tinggal anak-anak kucing tu lama-lama. Hubby dah pergi sejak hari Khamis lagi. Ikutkan hati saya malas nak drive sendiri jauh-jauh meredah highway. Alhamdulillah Ein rajin nak layan Umi. So lepas solat Jumaat sebelum balik UM semalam saya suruh dia jadi supir drop saya terus kat depan hotel. Saya angkut sekali Amin ngan Nina. Biar je Abuni dan anak-anaknya duduk rumah. Biar mereka belajar kena tinggal. Saya cuma sediakan makanan dan air secukupnya.
Kami tiba dalam pukul 4 petang. So semasa program hubby break pukul 5 petang kami keluar pi ziarah cucu saudara yang baru lahir tu. By maghrib baru tiba hotel semula. Terpaksa tolak perlawaan dinner tuan rumah sebab terkejar-kejar program hubby yang akan bermula pukul 8 malam pulak. Rupa-rupanya USIM hanya sediakan makanan dinner untuk staf depa sahaja. So kami terpaksa cari makan sendiri. Nak keluar pun dah malam. So apa lagi, room service jelah. Order 2 set menu. Alhamdulillah cukup untuk 3 orang.
Spageti okay. Sedap. Cuma nasi goreng rasa hangit sikit.
Esok paginya konon nak pakai room service juga sebab melihatkan caj buffet breakfast RM55 satu kepala. Kami 3 kepala. Botak kepala jugak la nak membayar. Walaupun hubby offer nak belanja tapi isteri mithali tak perlu lah nak membazir. Lagi pun rasa tak berbaloi nak spend that much. Bukannya nak makan banyak mana pun. Malangnya room service untuk breakfast hanya sediakan menu breakfast sahaja. Pilihan English breakfast dan Continental breakfast sahaja, RM45 satu set. Hmm.....lebih kurang dua kali lima jugak. Akhirnya saya ajak Nina pi cari roti canai kat luar. Search internet, cari restoran paling dekat. So terjumpalah Restoran Khulafa kat belakang bangunan PKPS. Seberang jalan je dari hotel Grand Bluewave ni. Seperti biasa menu saya teh tarik + roti canai satu.
Hajat hati lepas sarapan nak gi swimming. Lepas tu nak jalan-jalan kat Muzium Sultan Alam Shah. Lepas tu menyusur Taman Tasik. Tapi semua tak menjadi sebab search internet ramai bagi review macam tak menarik je. Lagipun masa anak-anak masih kecik dulu kami dah selalu pusing-pusing bawa mereka kat Shah Alam ni. Jadi, sekarang apa yang menarik??
"Balik rumah. Nak tido...."
"Nak balik macamana?"
"Bawa keta ayah la. Esok datang balik ambik ayah."
Oh! tidak. Itu yang saya malas nak dengar. Nak kena drive balik rumah. Esoknya nak kena drive datang semula ambik hubby. Drive accord pergi balik pergi balik tidak pernah termasuk dalam agenda percutian ini. Fobia nak imbas touch and go kat toll booth tak habis lagi. Akhirnya saya booking teksi. Sit back and relax. Bayar je tambang RM70 door to door. Tak perlu risau tak perlu stress. All expenses paid.
Kami hanya menikmati pemandangan dari tingkap bilik hotel sahaja. Duduk di tingkat 12 memberi peluang pemandangan yang agak saujana.
Bangunan apa tah kat sebelah kiri hotel ni. Agak unik pada pandangan saya. Ein mesti suka bentuk ala-ala kipas ni.
Masjid Shah Alam betul-betul kat belakang hotel
Tak de kerja dok berposing dan berselfie ngan anak dara nan seorang ni. Layankan jelah. Kata bercuti....:)
No comments:
Post a Comment