Thursday 31 December 2015

Berzakat membawa berkat.....

Seingat saya baru sekali saya membayar zakat pendapatan. Itu pun pergi ngan hubby masa kat Bandar Baru Selayang dulu. Mana tidaknya, dengan pendapatan yang tak seberapa ni jarang ada lebihan bila akhir bulan. Cukup-cukup je untuk buat belanja. Habis bulan habis duit. Biasanya hubby yang bayarkan zakat. Saya tolong teman je. Kadang-kadang saya bagi je pada asnaf yang layak apabila pulang bercuti ke kampung. Ramai je yang memerlukan zakat di sana. 

Saya tak pasti macamana pengiraan zakat pendapatan ni. Hubby campur semua hasil isi rumah (termasuklah gaji saya yang seciput yang tak pernah cukup nisab pun), lepas tu tolak semua perbelanjaan yang layak untuk ditolak. Bakinya di darabkan dengan 2.5% untuk dapatkan jumlah zakat yang perlu dibayar. Bayar lebih pun tak apa, anggap saja sebagai sedekah.

"Boleh tak tolong bayarkan zakat. Rasa macam tak sempat nak singgah pusat zakat hari ni."


Awalnya hubby nak bayar zakat kat pusat zakat Nilai. Tapi asyik tangguh -tangguh akhirnya dah sampai hari terakhir 2015. Alasan asyik sibuk meeting sana meeting sini, out-station sana out-station sini. Nak tak nak isteri terchenta ni lah yang nak kena ambik tanggung jawab. Redah je lah sorang-sorang walau tak pernah terfikir saya ni dalam golongan yang layak berzakat. Nasib baik ada anak dara comel tu sudi menemani.

Alhamdulillah hubby dah kirakan siap-siap jumlah zakat yang patut dibayar. Saya cuma pergi ATM, keluarkan tunai dan cari Pusat Zakat terdekat.

Kes nak mencari letak duduk Pusat Zakat ni agar mencabar. Cari parking pun satu hal lagi. Mulanya saya panjat tangga kat Melawati Urban tu. Tengok tempat dah betul dah tapi berkunci pulak. Siap bergrail lagi. Lepas tu turun pusing kat bawah, pun sama jugak. Cuma ada jadual waktu operasi tampal kat pintu, tapi pintu berkunci juga. Depa letak notis kata pindah kat sebelah satu kedai farmasi tu.
Selang dua pintu je pun tapi tak ada signboard. Entahlah...mungkin saya tak nampak. Nampak pintu kaca je. Nasib baik nampak ada orang keluar dari pintu tu. Peghak sungguh.....:(
Manusia memang ramai. Agaknya masing-masing mengejar waktu hari terakhir sebelum masuk tahun baru untuk membayar zakat. Dalam ramai-ramai tu hanya nampak seorang dua sahaja yang memerlukan atau nampak layak menerima zakat. Ada seorang pakcik yang nampak kurang sihat dan seorang ibu dengan 3 orang anak kecik. Yang lain semuanya datang untuk membayar zakat. Saya cuma berharap mereka yang memerlukan itu mendapat layanan yang selayaknya daripada PZS. Banyak sangat kedengaran cerita-cerita negatif tentang pusat zakat dari segi agihan zakat kepada asnaf.
Alhamdulillah setelah menunggu tak sampai sejam tiba giliran kami. Tahniah PZS Taman Melawati atas layanan yang sangat bagus. Memandangkan kami baru pertama kali bayar kat situ kena buat pendaftaran dulu. Lepas dah buat bayaran saya kena baca lafaz keluarkan zakat untuk diri sendiri dan juga sebagai wakil hubby. Lafaz ayat tu depa dah siap tampal atas meja. Kita cuma baca je. Tapi yang penting harus ada niat dalam hati dulu. Dah siap lafaz, depa akan baca doa. Kita aminkan sahaja. Agaknya dah berapa kali depa dok ulang doa yang sama. Tengokkan bilangan pelanggan yang datang tu entah dah keseratus berapa kali juga depa kena dok ulang dan ulang dan ulang doa yang sama. Penyabar sungguh mereka ini.....

"Dia orang buat apa dengan duit banyak-banyak tu Umi?"

Saya sempat mengira jumlah kutipan pada kaunter zakat tu sebab depa letak mesin kira tu betul-betul menghadap pelanggan. So kalau kita amati boleh tengok berapa bilangan wang kertas RM100 dan RM50 yang mesin tu kira setiap kali depa letak longgokan duit hasil kutipan zakat tu. Selama dekat sejam saya duduk menunggu di situ depa dah kira lebih RM30 000 jumlah kutipan. 

"Sepatutnya depa agihkan kepada orang miskin......bla..bla"

Dalam hal ini kita hanya wajib membayar zakat kepada amil yang telah dilantik. Tanggungjawab depalah untuk mengagihkan hasil kutipan zakat tu kepada yang berhak.


PS: Mudah-mudahan zakat yang dibayar tadi telah membersihkan rezeki yang kami terima sepanjang tahun ini.

No comments:

Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...