Monday, 14 December 2015

Projek Cuti Sekolah: Almari lama yang baru.


Almari ni saya dah guna lebih 15 tahun. Sejak duduk Selayang lagi. Masa awal beli dulu saya pasangkan dengan katil besi warna maroon juga. Berangan nak set bilik tidur tapi masa tu rumah kecik, bilik tidur pun sempit. So kami berpada dengan apa yang ada sahaja. Bagi kami yang berpendapatan sederhana waktu tu hanya mampu beli rumah teres sahaja. Seperti biasa rumah teres dua tingkat hanya ada 3 bilik tidur di bahagian atas dan satu bilik serbaguna di bahagian bawah. Master bedroom kami khaskan untuk anak dara 3 beradik tu. Muat untuk depa 3 orang. Satu bilik sederhana kecik untuk saya dan hubby. Sementara lagi satu bilik untuk anak bujang dua beradik. Bilik serbaguna untuk arwah mak mertua yang duduk sekali dengan kami. Sungguh......Pemaju memang buat untung gila-gila bila depa bina rumah untuk dijual. Saiz rumah cukup-cukup je untuk nukleas famili nak mengamalkan syariah. Kalau ada ipar duai yang nak menumpang duduk wajib fikir beratus kali.

Waktu itu bilik saya memang agak sempit. Muat masuk katil kelamin, almari 3 pintu, rak buku dan kerusi malas. Tinggal la sedikit ruang untuk solat jemaah laki-bini. Rak buku dan kerusi malas tu wajib ada dalam bilik tidur sebab hubby gemar membaca sebelum tidur. 

Masa pindah rumah baru hari tu saya angkut sekali almari maroon tu sebab sayang nak dilupuskan. Keadaan masih elok walaupun tidak berapa sempurna. Tapi lama-kelamaan terasa out of place pulak sebab semua perabut lain kebanyakannya berwarna natural kayu, putih dan cerah. Sejak menginjak usia emas ni saya gemarkan warna-warna natural, cerah dan putih terutama untuk perabut dalam rumah. So warna maroon tu dah rasa macam semak pulak. Tapi jauh di sudut hati rasa sayang nak buang. 

Setelah beberapa hari menilik dan membelai-belai almari yang telah banyak berjasa tu saya pun buat keputusan untuk memberinya nafas baru. Kalau buang nak kena ganti almari baru pulak. Sedangkan ganti almari tak termasuk dalam perkiraan tanpa approval hubby. Seperti biasa saya berpada dengan apa yang ada. 

Mulanya nak ke IKEA mencari idea untuk baik pulih. Tapi masa selalu tidak mengizinkan. Akhirnya saya berpada dengan apa yang ada. Buat je lah apa yang patut dengan kudrat yang ada. Asalkan mata ini tidak semak lagi. 

Peralatan yang diperlukan: kertas balut (self adhesive), screw driver bunga dan gunting.

Saya tanggalkan pintu almari tu dulu untuk memudahkan kerja tampal menampal. Cabut je screw dengan screw driver. Pastikan juga tombol pintu tu ditanggalkan sebelum kerja-kerja menampal kertas dilakukan.
Letak pintu almari tu atas kertas dan buat ukuran yang sesuai. Lebihkan setiap bahagian tepi sebanyak 2 inci. Lepas tu gunting kertas. Tanggalkan kertas gam dan tampal pada pintu almari tu. Bila dah puas hati dengan hasil tampalan kertas tu baru pasang pintu almari tu semula. 
Hasilnya.....Almari cerah yang boleh berdiri sama tinggi dengan yang lain dengan kos yang tak sampai RM20.


PS: Apa-apa pun kos yang paling besar adalah ketekunan, kesabaran dan komitmen yang tinggi.

2 comments:

stayshah said...

Sekarang nak cari almari design mcm ni xtau la ada lagi ka x..huhuu

stayshah said...

Sekarang nak cari almari design mcm ni xtau la ada lagi ka x..huhuu

Henfon pulak.....

Saya tak berapa mahir tentang gadget zaman moden ni. Walaupun dah lama pakai handphone dan laptop sendiri, yang saya tahu setiap kali nak g...