Friday 6 November 2015

Keropok Losong Raya Posa..

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya asyik teringat keropok lekor. Nak yang Terengganu punya je. Kalau dapat keropok Losong memang terbaik lah. Alhamdulillah dapat menantu orang Terengganu. So setiap kali depa balik kampung pasti tidak lupa buah tangan keropok Losong. Tapi biasa lah, jarang nak dapat yang fresh. Selalunya depa balik simpan dalam peti sejuk sehari dua baru bawa mai umah saya. Tapi jauh di lubuk hati saya masih teringat-ingat yang freshly made. Rebus terus makan panas-panas. Tak perlu goreng.

So masa balik beraya baru ni kami purposely balik ikut Lebuh Raya Pantai Timur. Nak melalui Terengganu. Nak singgah beli keropok lekor Losong.  Sepanjang perjalanan terbayang diruang mata keropok lekor yang segar baru angkat dari periuk rebusan. Macam perempuan bunting sulung layaknya. Mengidam entah apa-apa...

Alhamdulillah sepanjang perjalanan cuaca sangat terang dan nyaman. Jarang dapat menikmati langit yang sebiru itu.
Sampai ke destinasi, rupa-rupanya keadaan tidak seperti yang dibayangkan. Manusia berpusu-pusu beratur untuk mendapatkan keropok lekor idaman. Setiap pelanggan buat order berkoyan-koyan. Tiga orang tukang gentel keropok (sebelum dicampak dalam 3 biji kawah/periuk besar) pun belum tentu cukup untuk memenuhi permintaan yang tinggi itu. Nak kena tunggu keropok yang direbus tu masak dulu mau menyampai ke tengah malam. Rupa-rupanya ramai manusia seakan perempuan bunting sulung mengidam entah apa-apa.. 

Apa nak dikata....memang tiada rezeki saya nampaknya. Dengan penuh sabar kami meninggalkan gerai keropok losong nan satu itu. Sebenarnya kami lebih mementingkan keselamatan pemanduan balik ke rumah. Takut bermalam di Karak Highway pulak. Sangat merbahaya. 

Sampai sahaja di rumah saya terus keluarkan ikan kembung dan ikan sardin yang dah lama tersimpan dalam peti sejuk. Siang dan buang semua tulang belulang. Lepas tu saya tumbuk sampai lumat. Tambah tepung sagu dan sedikit tepung jagung serta secubit garam. Kemudian saya uli hingga menjadi doh yang lembut. Lepas tu gentel panjang-panjang sebelum campak dalam periuk berisi air panas yang sedang menggelegak. Tunggu sampai keropok tu timbul baru angkat.
Tak susah pun buat keropok ni. Tapi biasa lah kalau yang beli tu lebih sedap. Dengan 2 ekor ikan kembung + 3 ekor sardin dapat lah satu hidangan untuk keluarga terchenta....
Saya lebih suka makan yang panas-panas lepas rebus. Fresh dan lebih sihat. 
Selebihnya saya goreng untuk hubby dan anak-anak.

PS: Tidak lah berapa losong tapi cukup untuk memenuhi hajat agar tidak kempunan.

No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...