Sunday 17 December 2023

Pos Laju @Aeon Big Wangsa Maju

Dah lama tak jalan-jalan di Aeon Big (dulu Carrefour) Wangsa Maju. Kebetulan kami ada urusan nak pos barang kepada anak bongsu di Jepun maka kita cari tempat yang makcik pencen friendly. Kami pilih menggunakan servis Pos Laju, walaupun ada banyak servis lain seperti Easy Parcel, Jnt, Dhl dan lain-lain.

Apa-apa pun, kita singgah mengopi di restoran Mak O Mak, Taman Melawati dulu sebab hubby nak makan menu English Breakfast dan Americano. Seperti biasa saya ambik Latte dengan telur separuh masak dan plain croissont.

Latte for makcik.

Hubby setia dengan Americano/Long Black.

Tempat biasa.

Usai sarapan kami terus ke Pejabat Pos di tingkat 2 (F2) area foodcourt, Aeon Big untuk beli kotak. Saya ambik kotak saiz M berharga RM4 satu serta slip alamat. Lepas tu kami beli barang-barang (packed food, dan makanan kering) untuk diisi dalam kotak hingga penuh. Kemudian kami ambik nombor giliran lagi sekali untuk proses pengeposan. Adik kaunter tu bermurah hati untuk tolong packing dan sealkan kotak dengan bayaran RM2 sahaja. Jumlah berat bungkusan cuma 3.65kg tapi depa caj macam-macam, end up total cost mencecah RM342.

"Kalau pos laju ni sekejap je kak... dalam masa 5-7 hari je nanti barang akan tiba di sana."  Sepatutnya lah, sesuai dengan harga yang dibayar.


Gigih seorang ayah mengisi details di kotak bungkusan...

...lepas tu isi details pada slip pos laju pulak.

Saya cuma uruskan hal-hal di kaunter sahaja. Usai urusan pengeposan barang, kami sambung jalan-jalan kemudian early lunch di restoran Arab.

"Kita makan siap-siap... nanti balik rumah tak payah masak dah..." Begitulah selalunya. Memang sejak akhir-akhir ini setiap kali ada aktiviti di luar rumah hubby akan reward isteri mithalinya ini dengan makan dan makan. As long as belum singgah apa-apa komen tentang pengumpulan lemak di sana sini, makcik menurut sahaja.


Kami pos barang pada hari Selasa. Pada hari Ahad minggu seterusnya anakanda dah wassap kata barang dah selamat tiba di Jepun. Alhamdulillah barangan tiba dalam masa 5 hari sahaja, dan semuanya selamat sejahtera bagai dikata.  

Gambar daripada anakanda... bungkusan diterima dalam keadaan baik dan isi dalam semua okay.

"Ada rezeki nanti kita pos lagi..." kata hubby yang will do anything for anak bongsunya. Begitulah...

Sekian. 😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....