Thursday 14 December 2023

Menunggu sunset @PD

“Jom check-in kat PD. Boleh tengok sunset… rehat-rehat ambik angin, makan-makan…” Agak random aktiviti makcik pakcik pencen kali ini. Biasanya kalau ke mana-mana haruslah ada tujuan tertentu. Samada atas urusan keluarga, mengikut hubby atas urusan kerja atau holiday dengan anak-anak. Kali ini hanya ada hubby dan saya sahaja, bolehlah kita ala-ala honeymoon di usia senja.

So pada hari Rabu minggu lepas kami gerak dari rumah dalam pukul 10 pagi, terus ke Port Dickson dan singgah makan tengahari di Restoran Citarasa Kampung. Lepas makan kami heal-time di pantai Bagan Pinang sementara menunggu waktu untuk check-in. 

By pukul 2:00 petang kami gerak ke hotel, walk-in sahaja tanpa buat apa-apa booking. Kami request bilik Sea View. Alhamdulillah ada bilik kosong di tingkat tujuh. Biliknya memuaskan walaupun agak run down. Yang penting air-condition, air panas dan kipas berfungsi dengan balik. Kami duduk berehat dulu sementara menunggu hari teduh. By pukul 5:30 petang kami keluar bersiar-siar di Pantai Cahaya Negeri (PCN). 

Pantai yang tenang.

Tiada pasir pantai… hanya tanah keras sahaja.

Batu-batu dan akar pokok sepanjang pantai.

Kami berjalan-jalan di sepanjang pantai hingga ke jambatan/jeti ke kawasan hutan paya bakau dalam cuaca yang teduh dan berangin. Kawasannya agak tenang dan lengang, mungkin disebabkan hari itu adalah hari bekerja. Yang ada hanya beberapa keluarga warga asing yang sedang memacak khemah mungkin untuk camping dan berkelah.

Selpi satu atas jeti.

Selpi lagi sebelum tiba di kawasan paya bakau.

Awan tebal dan laut bergelora…

Makcik dan kemboja berpisah tiada.

Kami berjalan hingga ke kawasan paya bakau. Kawasan paya bakaunya sangat bersih tanpa sampah yang melekat atau tersangkut di antara akar pokok. 

Bersih.


Tanda nama Pantai Cahaya Negeri (PCN), tapi hurufnya banyak yang dah tanggal.

Setelah puas berjalan ambik angin di PCN kami ke Pantai Saujana pulak. Melihatkan awan yang makin menebal seakan tiada harapan untuk melihat sunset maka kita hanya duduk-duduk sambil sambung snap gambar apa yang patut.

Awan makin tebal.

Sepatutnya spot untuk matahari jatuh, tapi bayang matahari pun tak nampak. 

Cantik pulak kejadian pasir ini.

Bekas pasir selepas ditinggalkan ombak.

Bila tetiba terdengar guruh di langit, kami ambik keputusan untuk simpan dulu hajat nan satu itu. Biarlah matahari itu turun dengan tenang mengikut aturan alam. Kami ambik keputusan untuk balik ke hotel sahaja. Tapi sebelum itu haruslah singgah di Gerai Ikan Bakar PD untuk dinner.

Kailan ikan masin, telur bistik dan sup ekor.

Ikan siakap bakar. (RM28).

Mudah-mudahan ada rezeki, kita cari sunset di tempat lain pulak. Moga Allah mudahkan.

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....