Friday, 1 December 2023

Jalan-jalan KL East: Makan-makan & Beli Groceries

Saya tak pasti bila pertama kali saya ke KL East. Yang pasti saya pernah jalan-jalan ambik gambar syok sendiri di kawasan sekitar KL East lebih dua tahun lepas semasa covid-19 masih lagi berleluasa. Buktinya, semua gambar-gambar yang tersimpan siap dengan pelitup muka dan nampak (macam) masih kurus. 😄

Lorong pejalan kaki masih baru ditanam pokok-pokok.

Pokok-pokok hiasan sekitar tanda nama KL East juga masih baru ditanam.


Dan hari ini setelah entah ke berapa kali, saya singgah lagi di KL East bersama hubby untuk beli groceries. Seperti biasa sebelum atau selepas beli groceries kami akan singgah makan-makan atau minum petang. Kali ini kami pekena selera Penang di Penang Chendol di food court sebelah Jaya Grocer.


Penuh meja dengan asam laksa, rojak buah, ABC dan teh O.

Kemain ABC... mudah-mudahan makcik tak batuk nanti.

Sharing is caring... gitu.

Diam tak diam hari ini dah masuk hari pertama bulan terakhir tahun 2023. Menyorot kembali azam di awal tahun, nampaknya masih banyak yang belum tertunai. Kita tengoklah apa berlaku hingga akhir tahun ini, adakah azam-azam itu bakal dicarry forward lagi  untuk tahun hadapan atau kita boleh buat pecutan terakhir sebelum timbul anak bulan tahun baru nanti. 

Apa-apa pun, semoga Allah sentiasa memayungi kita bila-bila dan di mana sahaja. Aamiin.

Sekian.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...