Monday 2 October 2023

Interview anakanda putri di HBUK.

"Ummi bleh teman Dayah? Ada interview kat hospital Ulu Kinta." Tudia, rasa macam jauh pulak nak ke sana walau dalam hati bukan main teruja boleh jenjalan keluar kawasan. 

Sebenarnya dialog ni berlaku pada awal bulan Februari hari tu… dah lebih tujuh bulan berlalu baru ada kesempatan nak bercerita. Terperap sekian lama sebab menunggu keputusan interview dulu. Alhamdulillah berkat usaha dan doa, anakanda berjaya dalam temuduga dan sekarang ditempatkan di hospital Kajang. So bolehlah kita bercerita dengan hati gumbira.

Kebetulan anak nombor 4 yang masih dalam mood honeymoon sudi nak jadi driver maka kami pergi berempat. Kami menginap di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh manakala interview di Hospital Ulu Kinta. Depa bagi open ended temuduga bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Susah nak pastikan pukul berapa slot anakanda tapi semua orang kena lapor diri pada pukul 8.30 pagi. So pada hari kejadian kami bersiap seawal yang mampu. By pukul 7.30 pagi saya dan anakanda putri dah check-out meninggalkan anak nombor 4 bermalas-malas di bilik hotel. Kami gerak awal ke Ulu Kinta sebab nak kena lapor diri pada pukul 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa setengah jam, tambah tolak traffic jam dan perasaan nervous sebab nak kena drive di kawasan yang tak biasa so saya allow 30 minit masa kecederaan.

Muka nervous nak pergi interview.

One before melangkah masuk kereta.

Makin nervous bila dah tiba depan pintu dewan.

Sementara menunggu waktu temuduga sebenar saya biarkan anakanda masuk menunggu dalam dewan dengan orang lain yang semuanya dengan muka cuak. Saya hanya menunggu di luar dewan sebab hanya interviewee sahaja dibenarkan masuk. Maka berlegar-legarlah saya di ruang menunggu, lobi dan sekitar hospital sementara menunggu giliran anakanda. Tak tahulah apa sistem apa yang depa guna… First come first serve pun tidak, ikut urutan abjad nama pun tidak, ikut datang dari negeri mana pun tidak. Maka duduklah kita dengan penuh kesabaran. Anakanda yang menunggu di dalam dewan mestilah lagi nervous, so kita hanya mampu tembak doa laju-laju sahaja. 

Ruang lobi untuk pendaftaran.

Ruang menunggu yang lengang.

Tandas yang bersih.

By pukul 9 pagi pesakit yang datang ke hospital mula ramai. Ada yang baru nak mendaftar dan ada jugak yang datang untuk follow-up. Tidak ingin memenuhkan ruang, saya keluar pusing-pusing keliling kawasan hospital. Cuak jugak memikirkan takut terserempak dengan pesakit mental di sini. Dah la makcik jalan sorang-sorang, takut pulak depa kata kita ni yang sakit mental. Bila anakanda wasap kata gilirannya belum tiba, saya pun pergi mencari kafe untuk sarapan. Cantik dan kemas tempatnya. Depa hire beberapa pekerja separa mental yang makin/dah pulih untuk buat kerja-kerja mudah seperti sapu sampah dan kemas meja pelanggan. Semua orang di situ sangat peramah dan sentiasa senyum. So bolehlah makcik minum teh tarik dengan selesa.

Teh tarik RM1.40 segelas.

Plus roti kaya bakar RM1.50 untuk tiga keping.

Dek kerana giliran anakanda masih lagi jauh, saya patah balik untuk ambik anak nombor 4 sebab depa dah kena check-out hotel by pukul 12 tengahari. Lepas tu kami datang semula ke hospital sambil pusing-pusing melihat kawasan hospital yang sangat luas. Banyak wad yang kelihatan usang dan dipisahkan dengan jarak yang jauh. Paling jauh di hujung kawasan adalah wad forensik. Saya pun tak pasti apa kategori pesakit-pesakit mental yang ada di sini. Nantilah kita google.

Wad forensik di hujung dunia... dah macam penjara pulak.

Kawasan hospital yang sangat luas.

Wad pesakit saujana mata memandang.

Akhirnya giliran anakanda tiba jua. Kena temuduga selama 15 minit dan setel by pukul 2.30 petang.

“Insya Allah okay je Ummi. Dayah boleh jawab semua soalan… ada jugak yang tricky tapi okay la…” Alhamdulillah all well ends well. Bila anakanda kata okay, haruslah Ummi lagi okay sepuluh kali ganda.

Dan kini bermulalah karier anak nombor 2 ini sebagai Doktor Psikiatri di Hospital Kajang. Moga Allah mudahkan segalanya. 

Sebenarnya banyak cerita sebelum tiba ke sesi tujuan sebenar kami ke Ipoh ini. Cerita jalan-jalan Ipoh boleh baca di sini:

Ipoh: Jalan-jalan part 1  

Ipoh: Jalan-jalan part 2

Ipoh: Jalan-jalan part 3

Ipoh: Jalan-jalan part 4

Sekian. 😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....