Tuesday, 21 February 2023

Jalan-jalan Ipoh: Uptown Ipoh Night Market.

Sejak turun dari rumah menghala ke Ipoh asyik fikir pasal makan sahaja. Dah namanya nak food hunting Ipoh maka haruslah kita penuhi misi hingga jaya. Walaupun kenyang makan tengahari masih bersisa kita sambung cari makan malam sambil jalan-jalan di Uptown Ipoh Night Market pulak.

Cerita makan tengahari boleh baca di sini.

Kami gerak ke Uptown Night Market lepas Maghrib. Perjalanan dari Hotel Riverfront mengambil masa lebih kurang 30 minit. Suasana Night Market agak tenang mungkin sebab weekdays. Banyak gerai makan serta banyak juga pilihan menu tapi kami pilih char kue tiaw kerang. 


Char kue tiau kerang, RM8.

Selain makanan ada juga gerai jualan pakaian dan kain baju dan pelbagai barangan lagi tapi saya tak berapa minat nak singgah. Sekadar lalu sambil melihat-lihat dari jauh pun dah cukup.

The Landmark.

Dah kenyang, jom balik hotel. Anakanda drebar nak sambung kerja-kerja online pulak, buat coding apa benda entah. Ummi tak paham sepatah haram. Pepadailah hangpa buat kerja.😄

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...