Thursday, 9 February 2023

Repair hose mesin basuh

Semalam beriya mengemas ruang laundry belakang dapur. Saya angkat barang-barang termasuk mesin basuh ke tengah ruang untuk basuh dan lap semua bahagian yang tersorok. Tarik punya tarik tetiba pulak paip air ke mesin basuh tu tercabut. Rupa-rupanya penyambung hose tu dah longgar dan skrew pun dah lusuh. So hari ini pepagi lagi saya dah memulakan operasi DIY apa yang patut. Haruslah kalut sebab hari ini adalah hari dobi saya.

Saya tanggalkan semua dan pasang semula tapi air masih keluar daripada bahagian skrew.

Peralatan wajib ada: skrew driver plus white tape dan getah bulat tu, lupa pulak apa nama khas dia.😄

Kita balut batang penyambung tu dengan white tape tebal-tebal.

Siap.🌹

Alhamdulillah. Dah boleh mendobi dengan bahagia. 

Sekian. 😊

No comments:

Happy 4th Birthday Untuk Cucu ke-3 Saya

Sabtu 4th Julai 2016 Tahun ini dah masuk usia 4 tahun cucu boy nan seorang ini. Mentang-mentang the only boy, semua benda nak dimaskulinkan....