Saturday, 18 February 2023

Breakfast date @ Q-Bistro Ampang.

"Pagi ni tak payah masaklah. Kita breakfast kat Q-Bistro Ampang. Lepas tu beli ubat kat farmasi." Sebut je tak payah masak, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, haruslah kita setuju 100%.

Dah beberapa kali jugak kami ke Q-Bistro sebab tempatnya selesa dan servisnya bagus. Cuma kena guna QR untuk buat order. Alhamdulillah, walau masih terkial-kial setakat nak place order via QR code ni makcik dah boleh bawa diri. So, pagi ini kita order roti canai kosong, roti canai telur dan thosai, share makan sama-sama. Tapi tak sempurna hari kita tanpa kopi. So lepas makan dan beli ubat di farmasi kita sambung mengopi di Chizu, Melawati Mall pulak. Lepas tu kita pusing keliling mall sambil kengkonon exercise kaki.😊

Order kita kali ini.

Roti canai biasa+telur.

Thosai.

Mocha for me.

Americano for him.

Sekian cerita pagi ini.😊

No comments:

Happy 4th Birthday Untuk Cucu ke-3 Saya

Sabtu 4th Julai 2016 Tahun ini dah masuk usia 4 tahun cucu boy nan seorang ini. Mentang-mentang the only boy, semua benda nak dimaskulinkan....