Sunday, 26 February 2023

Cucur kucai buat sarapan

Pagi tadi turun ke laman. Tetiba pulak rasa nak togelkan pokok daun kucai. Ada pun sepasu sahaja. So saya potong semua tinggal tunggulnya dalam seinci. Daunnya saya potong kecik-kecik, tambah hirisan bawang holland, ikan bilis, garam dan sedikit gula. Last sekali masukkan tepung dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan 10 minit. Lepas tu goreng.... jadilah cucur buat sarapan pagi tadi.😊

Daun kucai segar dari ladang.

Biarkan adunan 'set' sebentar.

Sepinggan cucur buat sarapan.

Kucai yang togel.

Mudah-mudahan pokok kucai akan tumbuh segar untuk kegunaan dibulan puasa nanti. Aamiin.

Sekian. 😊

No comments:

Happy 4th Birthday Untuk Cucu ke-3 Saya

Sabtu 4th Julai 2016 Tahun ini dah masuk usia 4 tahun cucu boy nan seorang ini. Mentang-mentang the only boy, semua benda nak dimaskulinkan....