Monday, 27 February 2023

Ampang-Beranang-Ampang

Hari ini pepagi lagi saya dah keluar hantar hubby ke tempat kerja. By pukul 8:45 pagi dah sampai balik rumah semula. Selepas setelkan kerja-kerja rumah saya keluar menemani anakanda putri bongsu hantar assignment ke kolej di Beranang pulak. Ada kerja yang perlu disubmit sebagai persediaan akhir tamat pengajian. Sedar tak sedar dah tiga tahun berlalu. So hari ini kira final day kat kolej walaupun semua barang-barang dah angkut bawak balik rumah pada hari Jumaat lagi.

Lepas setel hantar assignment, kita early lunch kat Coffee Bean, Setia EcoHill Mall dulu. First time saya singgah sini tapi disebabkan saya cuma nak makan so tak perlulah nak jalan-jalan pusing mall. Usai makan kami terus gerak untuk urusan seterusnya.

MARA Japan Industrial Institute.

Sesekali dating berdua... catching up life.🥰


Tuna and chicken lasagna.

"Ummi, Nina rasa nak cuci gigi la... mulut rasa tak best..." Why not, Ummi belanja. Sementara dah abes semester ni bolehlah setelkan kerja-kerja tertunggak selama ini. So usai makan kat Beranang kami ke Klinik gigi di Taman Melawati pulak. On the way tu singgah teman hubby lunch kat McD Ampang Hilir dulu. Kami teman minum sahaja sebab masih kenyang makan di Coffee Bean tadi.

Pertama kali saya pergi klinik gigi di sini. Daripada list doktor bertugas tu, nampak depa adalah graduan dari USIM.

"Ada satu gigi yang dah rosak, better buat root treatment, tiga batang dah berlubang..." banyak pulak masalah gigi cik mek molek ni. 

"Kalau tak nak buat root treatment boleh cabut terus... yang berlubang tu masih boleh bertahan lagi..." Panjang lebar doktor tu terangkan. So  kali ini kami hanya buat scaling dulu. Lain kali kita sambung buat treatment lain pulak.

Ngilu pulak dengar doktor dok buat scaling. 

Alhamdulillah laju sungguh urusan di klinik gigi ini. By pukul 3:00 petang kami dah tiba di rumah semula. 

Kos scaling RM160.

Sekian cerita hari ini. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...