Friday 7 April 2023

Fly higher baby

Bila anakanda putri dapat tawaran sambung belajar di Jepun, haruslah Ummi, ayah dan seluruh ahli keluarga mendoakan yang terbaik. Berkat kesabaran berhempas pulas menyiapkan Diploma di UniKL  selama tiga tahun, kini tiba masa Allah hadirkan rezeki yang lain pula.

Alhamdulillah anakanda dah selamat konvo untuk diploma haritu. Ceritanya boleh baca di sini.

Kami tak buat banyak persediaan pun. Cuma perlu setelkan dokumen perjalanan, tukar duit Yen dan beli barang-barang keperluan di sana sahaja. Itupun banyak yang dia setelkan sendiri tanpa menyusahkan Ummi dan ayah. 


Bismillah...

Schedule flight JAL pada hari Ahad (26hb Mac 2023) pukul 10:55 malam. Semua orang pun cuti so banyak masa untuk kami sekeluarga bersiap-siap ke airport. Kami turun dari rumah usai solat Asar supaya dapat tiba di KLIA sebelum waktu berbuka. Selepas parking kereta di parkir B kami terus tolak troli ke medan selera Food Paradise, booking meja dan order makanan untuk berbuka. Sebelum itu kami ambik servis balut beg dulu. Saspen pulak takut beg pecah. Lupa pulak berapa depa caj untuk satu beg sebab hubby yang bayar.  


By pukul 8:00 malam kena check-in lepas tu boleh lepak-lepak dulu sebelum depa panggil masuk untuk boarding. By pukul 9:30 malam semua penumpang ke Jepun di panggil masuk. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Muka bangga ummi dan ayah.

Full house



Pesanan Ummi dan ayah takkan pernah berakhir.

Bye baby...be good in a new adventure.

“Ummi tak sedih ke?”

Giler tak sedih. Haruslah sedih nak berpisah dengan anak. Alangkan yang duduk jauh sepelaung pun asyik beremosi setiap kali nak berpisah inikan pulak bakal terpisah dek lautan. Tapi saya dah berjanji dengan diri tidak akan menangis kerana ini bukan tentang kesedihan tapi tentang mensyukuri nikmat rezeki yang Allah kurniakan. Ini adalah kejayaan kita sekeluarga… berkat doa Ummi, ayah, kakak-kakak dan abang-abang. Moga dalam perliharaan Allah sentiasa.

Sekian. 😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....