Monday 10 April 2023

Berbuka @ rumah anak menantu, Putrajaya.

Rabu: Hari ke-14 Ramadhan

Hari ini sekali lagi hubby ada program berbuka di tempat kerja dan saya bakal berbuka seorang diri lagi di rumah sendiri. Oleh kerana kita ada banyak opsyen maka kita pilih untuk berbuka dengan anak cucu di Putrajaya. Memandangkan kedua-dua putri saya tinggal di Putrajaya, rumah mereka dah jadi pusat melepak saya dengan anak cucu pulak. Lagipun ada seorang lagi anakanda yang tinggal di Nilai, maka anytime Ummi turun Putrajaya depa ons sahaja nak melepak sama-sama.

Dengan izin hubby saya keluar rumah usai solat Zohor dan parking kereta di Basement Conezion. Sempat gentel sibujang cilik dulu sebelum keluar berdating (baca: shopping) dengan anakanda Doctor yang offday hari ini sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Awe sulong generasi baru.


Bekeng taeh...😁

“Ummi nak shopping kat mana?” Dah umur-umur begini saya lebih suka straight to the point. Fasa buang masa window shopping pusing keliling mall dah berlalu. Saya akan senaraikan barang apa nak beli dan kedai apa nak masuk. Pilih, ambik dan bayar. 

So kami ke IOI Mall sahaja. Beli baju dan seluar di Uniqlo, beli jaket di H&M, beli toiletries di Guardian dan cari kasut di beberapa kedai kasut tapi tak beli pun sebab takde yang sesuai. Selebihnya kita acah-acah perasan muda selpi sana-sini. Alhamdulillah, sabar je anakanda putri melayan kerenah Ummi.

Nak cari sweater katanya.

Done shopping.😚

Mirror selpi.

Mirror selpi lagi… sambil try jaket.

Usai berbelanja kita pulang untuk berbuka. Harini saya tak perlu fikir pasal menu berbuka sebab anak menantu dah sedia masuk dapur menyediakan pelbagai juadah. Lepas makan dan solat kita sambung main dengan cucu lagi sambil celebrate belated birthday Cikda yang sepatutnya on the 4th of April. By pukul 9 malam dah nak kena gerak balik Ampang for another journey in life.🌹

Juadah berbuka Ramadhan ke-14.



Awe lebai...serban instant, letak je atas kepala.

Sepatut birthday Cikda.. tapi anak-anak buah yang terlebih excited.

Benarlah kata orang, tidak sedar masa berlalu bila sedang bergumbira ria bersama keluarga. Anak-anak yang dahulunya haluih, kini dah besar panjang dan masing-masing pun dah punya kehidupan sendiri. 

Dan Ummi masih begini… meniti usia hingga ke hujungnya. Moga Allah bantu selamanya.🌹

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....