Wednesday 26 April 2023

Persiapan Aidil Fitri 2023

Aidil Fitri tahun ini saya tidak bercadang untuk ke mana-mana. Dari awal lagi saya hanya membuat persiapan raya di rumah sendiri. Balik kampung atau pulang beraya tiada dalam perkiraan saya kali ini. Selain daripada menyiapkan menu raya saya cuma buat penambahbaikan kepada bahagian rumah yang rosak sahaja. Dengan pertolongan anakanda yang tinggal berdekatan saya cuma beri arahan (baca: tunjuk ajar) dimana perlu. Semua keperluan peralatan saya dah beli dan sediakan dari awal.

Ganti kepala paip dengan hose baru. 

Ganti mentol lampu.

Dah lama area ni bertahan dengan dua mentol sahaja. So raya kali ini kita beri nafas baru.😁

Panggil tukang repair aircond takut anak-cucu panas bila balik rumah nenek.

Untuk menu raya, hubby dah buat list untuk dua hari. Untuk hari raya pertama kami sediakan nasi dagang Kelantan dengan gulai udang dan ikan tongkol ditambah dengan nasi impit, lemang dan rendang daging. Sementara untuk hari raya kedua pula ada soto ayam (sup dan nasi impit), lemang dan rendang ayam

Insya Allah tahun ini saya lebih bersedia bagi mengelakkan keadaan huru-hara seperti tahun lepas. Bahan masakan saya dah beli sejak hari Selasa lagi. Saya beli daging segar, udang dan ikan tongkol. Saya dah siap potong daging kecil-kecil sebelum disimpan dalam peti ais. Tak perlu basuh dulu. Untuk udang saya cuma buang bahagian janggut dan muncung yang tajam sahaja sebelum disimpan dalam peti ais juga. Ikan tongkol pula saya siang, cuci dan terus rebus dengan asam keping dan garam. Gulai ikan ni akan lebih enak bila ikan rebus ini disediakan lebih awal.

Shopping barang/ bahan masakan untuk menu raya.

Tabah beratur untuk beli daging tempatan... harga RM45/kg.

Daging lembu segar depa sembelih malam sebelumnya.

Saya suka tanam bahan-bahan asas untuk masakan. Cukuplah untuk makan sekeluarga di laman sekangkang kera tepi rumah.

Lengkuas segar, korek dari laman tepi rumah.


Ayam dan aksesori untuk soto pada hari raya kedua.

Pada hari Jumaat (hari terakhir Ramadhan 1444H), semua anak-anak pulang untuk berbuka puasa sama-sama. Saya buat menu simple sahaja untuk berbuka sebab nak simpan tenaga untuk masak menu raya pulak. Alhamdulillah tahun ini semua menu masakan (kecuali nasi dagang yang harus dikukus diawal pagi esoknya) siap sebelum pukul 12 malam berbanding tahun lepas dimana saya terpaksa bersengkang mata hingga pukul 4 pagi… kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan sepanjang hayat. Moga Allah redha.🌷

Program merendang pun bermula.

Mesin kelapa untuk santan nasi dagang.

Sambil masak sempat lagi bersuka-ria bersama anak-cucu bermain bunga api depan rumah. Alhamdulillah tiada apa-apa komplen dari jiran tetangga, mungkin sebab depa semua pun dah pulang beraya. 

Fire work... bising macam raya cina pulak.


Meriahnya di malam raya membawa ke pagi 1 Syawal 2023. Semoga Aidil Fitri kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita.🌹

Sekian. 😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....