Saturday 3 October 2015

Tetamu di pagi raya

"Umiiii...Goblinnn." Tetiba Nina menjerit sekuat hati pabila pintu dibuka pepagi buta di hari raya.
Sebenarnya saya minta Nina ambilkan daun kunyit. Nak hiris dan tabur dalam rendang daging. Rendang tu dah siap masak pada malam sebelumnya. Pagi raya tu cuma perlu  perangat untuk makan dengan pulut kuning dan nasi impit yang telah siap sedia di atas meja. Saya tanam kunyit dalam pasu depan rumah. 

Goblin, nama yang diberi Nina kepada kucing yang datang menumpang di luar rumah saya. Ya...hanya di luar rumah. Saya tak pernah izinkan dia masuk ke dalam rumah. Hanya kerana rupanya yang sangat buruk penuh kurap menyamakan rupa wajahnya seakan goblin dan mengundang rasa seram pada kami sekeluarga. Walaubagaimanapun Hubby yang pengasih dan penyayang rajin juga memberinya makan minum di luar rumah. Saya tak pasti berapa lama dia menumpang teduh di belakang rumah saya. Tidur baring di atas rak laundry saya. Cuma dua hari sebelum hari Raya Haji dia berpindah ke porch depan rumah. Duduk diam di atas rak kasut pulak.

Dan dalam kesyahduan pagi hari raya itu  dia terbaring di atas lantai betul-betul depan muka pintu. Mulut dah berbuih walau masih bernafas dan bergerak perlahan. 

"Umi rasa dia dah nazak la Nina. Kesian...." Hanya itu yang mampu saya ucapkan dengan perasaan yang bercampur baur.

Kami tinggalkan dia di situ. Saya meneruskan urusan di dapur. Seisi rumah yang lain bersiap sedia untuk solat hari raya di Masjid dan meneruskan program hari raya kami. Saya tak pasti bila saat ajalnya tiba cuma yang pasti  by Zohor jasadnya dah mula kaku.

"Tak pe..lepas 'Asar nanti dah teduh sikit kita gali kubur dia." 
Maka bertambahlah sebuah lagi pusara di tepi halaman rumah saya.

"Umi rasa kenapa dia datang pastu mati kat rumah kita? Spesifik kat rumah kita. Depan pintu pulak tu......." Soalan maut dari Dayah.

Seingat saya hanya ada beberapa individu dan makhluk Allah yang saya tangisi pemergian mereka. Walau jarang bersama, mereka ini punya ruang tersendiri di sudut hati saya. Permainan usia seakan memberi pelbagai impak kepada hati dan perasaan saya. 

Sebenarnya saya lebih terkesan dengan tetamu yang hadir dikeheningan pagi itu. Tetamu yang hadir hanya untuk bertemu Goblin. Andai tetamu itu masuk ke rumah mencari sebahagian dari kami adakah perasaan saya akan berbeza....

PS: Ini bukan rasa biasa.....

No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...