Wednesday 14 October 2015

Goreng nasi...nasi goreng.

Kebetulan hari ni cuti sempena 1 Muharram. So berpagi-pagi lah saya di dapur. Bukannya fikir menu special pun. Kemas-kemas apa yang patut. Susun atur di mana perlu. Sambil dok fikir nak masak apa pagi ni. Biasanya kalau waktu cuti saya akan masak berasaskan nasi. Two in one. Boleh makan pagi hingga tengahari. Nasib tak baik dinner pun menu sama juga. Three in one terus. Nasib lah familiku....depa dah tahu dah kalau cuti mesti nasi lemak atau nasi berlauk. 

Tapi hari ni ubah selera sikit. Rasa nak menggoreng pulak.  Malangnya saya selalu bermasalah kalau bab menggoreng ni terutama goreng nasi. Sebenarnya bukan nasi goreng je, mee goreng, mihun goreng, pendek kata semua benda lah. Biasanya jarang dapat komen yang memberangsangkan. Almaklum la saya ni bukan pakar masak. Sekadar untuk pastikan semua yang ada dalam rumah ni tak lapar dan dapat membesar dengan baik. Kalau nak makan sedap kena pi kedai la jawapnya.

Tengokkan nasi semalam pun masih banyak, so menggoreng nasi lah kita pagi ni.

Bahan-bahannya:
Bahan asas yang memang dah ada kat rumah
 + semangkuk nasi sejuk lebihan semalam
+ 2 sudu minyak untuk menggoreng
+ sedikit garam

Cara-caranya:
Tak susah pun sebenarnya. Lesung batu wajib ada.
  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah tu. Sebelum tu bukak kulit dan basuh dulu :) 
  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Tumis bawang tumbuk tadi.
  • Bila dah garing masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar. 
  • Kacau hingga garing baru masukkan cili boh. (Kalu nak guna cili merah segar pun boleh. Tumbuk juga) 
  • Bila cili dah masak, masukkan telur, Kacau rata supaya tidak berketul. 
  • Kemudian masukkan kacang buncis dan kobis yang telah dihiris. Kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan nasi sejuk tu. Tambah garam secukup rasa. 
  • Kacau hingga garing. Siap....

Hasil tangan pagi ini....pure and simple. 
Yang penting kenyang, Alhamdulillah.

Of course lah tak sama ngan Kedai Mamak atau Restoran Thai. Depa tu memang dah power dalam bab masak memasak dan goreng menggoreng............ 


PS: Saya suka nasi goreng ikan masin yang kering dan garing.

No comments:

Aidil Fitri 2024 (1445H) @Ukay Perdana

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Rabu, 10hb April 2024 selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Pada petang sebelum pengumuman hari raya ...