Sunday 25 October 2015

Bila jerebu masih jerebu.....

Setakat ini dah masuk 3 kali berturut-turut sekolah bercuti pada hari Isnin disebabkan jerebu. Sebelum ini setiap kali bacaan IPU meningkat, pelajar seakan tertunggu-tunggu pengumuman cuti sekolah. Tetapi lain pulak ceritanya untuk minggu ini. Pelajar tingkatan 5 khasnya sentiasa berdoa supaya tiada  lagi pengumuman cuti sekolah. Semua dah mula merasa bahangnya membuat persediaan akhir menjelang peperiksaan SPM yang bakal tiba dalam seminggu lagi. Kebetulan pulak setiap hari Isnin merupakan hari ulangkaji intensif untuk subjek Prinsip Akaun. Maknanya sudah 3 kali juga lah mereka terpaksa akur dengan tuntutan alam. Fenomena alamkah atau kerosakan sebab tangan-tangan manusia. 

Sepanjang minggu kami bercuti (mulai hari Isnin hingga Khamis) asyik belonggok depan TV tunggu pengumuman samada esoknya cuti atau tidak. Kali ini dah melibatkan lebih banyak negeri. Walaubagaimanapun saya hanya bercuti pada hari Isnin sahaja. Pada hari Selasa ada mesyuarat pengurusan. Hari Rabu dan Khamis pula, guru-guru subjek PT3 yang terpilih wajib menghadiri taklimat pelarasan ujian bertulis. Sayalah antara yang terpilih itu......:)

Sungguh, kesan jerebu ini berbeza bergantung kepada individu. Ada yang tahan. Ada yang terkesan teruk. Walaupun aktiviti dibuat di dalam dewan tapi bahang jerebu dari luar tetap terasa. Jerebu masih dapat masuk melalui tingkap dan pintu yang agak rengang. Saya mendapat sakit tekak dan pedih mata. Tapi usaha tetap diteruskan. Minum air mineral berbotol-botol memang sangat membantu.
Gigih bertaklimat walau di luar bacaan IPU makin meningkat. 

Sepanjang minggu lepas juga terdengar suara sumbang dari segelintir ibu-bapa. Mereka seolah-olah menyalahkan sekolah dan guru kerana menyusahkan mereka apabila sekolah diarahkan tutup. Kebanyakannya adalah dari golongan yang menganggap sekolah adalah tempat menyelesaikan masalah anak-anak mereka. Banyak komen yang positif dan negatif diberikan oleh golongan guru dan bukan guru. Bagi diri saya sendiri, sebagai guru subjek saya juga terkesan dengan fenomena jerebu ini. Banyak perancangan ulangkaji dan latihtubi tergendala. Sebagai mematuhi arahan penutupan sekolah kami langsung tidak dibenarkan mengadakan apa-apa aktiviti dengan pelajar di premis sekolah sepanjang arahan bercuti itu. Kesian guru dan pelajar yang dah bersemangat untuk mengadakan gerak gempur dan pecutan akhir. Bak kata sang pujangga........ kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Alhamdulillah sebagai guru saya tidak menghadapi kesusahan menjaga anak-anak di rumah. Kami sama-sama diarahkan bercuti. Bosan memang bosan. Pintu tingkap semua bertutup. Asyik berkurung tak tau nak buat apa. Akhirnya makan tido je lah...
Jarak pandang yang sangat kabur..
Masih gigih mencari rezeki walau dalam peritnya jerebu..
Alhamdulillah akhirnya sekolah dibuka semula pada hari Jumaat. Dan hari Sabtu semalam kami sekolah ganti. Petang pergi hantar bujangku balik asrama UM. Suasana alam masih namapak berjerebu. Bacaan IPU setakat ini 120. Masih dalam julat tidak sihat. Mudah-mudahan tiada peningkatan lagi. Tinggal satu Isnin je lagi sebelum pelajar saya melangkah ke alam SPM. Semoga Allah redha.

Hari ni Ahad. seperti biasa kami berpagi-pagi dengan nasi lemak simple. By pukul 10am dah macam lapar balik. So saya buat lempeng, Peknga kata orang Kedah, singkatan untuk tempek belanga gamaknya. Peknga ni makanan asasi kami sekiranya ada kuah kari left over. Tidak pun kami makan tabur ngan gula je. Dah lama saya tidak berpeknga ni. Kebetulan ada lebihan sambal tumis ikan bilis dan kuah sardin, so berpeknga lah kami.
Peknga ni versi Kedah. Guna tepung gandum. Tambah sedikit garam dan kelapa parut. Tambah air lepas tu kacau hingga sebati. Canai dalam kuali panas yang dah disapu minyak.

"Bakpo raso muok?"

Hubby lidah Kelantan. Mana biasa makan peknga. Depa makan lepeng. Simply guna tepung dan telur. Tak masuk kelapa. Anak-anak saya pulak langsung tak kenal peknga ni. Lepeng pun jarang. Depa makan pancake. Puncanya sebab uminya jarang masak makanan warisan ni. Mana la depa nak jumpa benda-benda ni lagi. Kat kedai pun jarang jual. Padahal apabila dimelayukan pancake ni peknga je pun. Cuma pancake ni dah melalui beberapa evolusi permodenan dan diberi nafas baru.
Peknga cicah kuah sardin.

PS: Mudah-mudahan esok sekolah. Tinggal 3 minggu sahaja lagi sebelum cuti ahkir tahun.....

No comments:

Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...