Sunday 18 October 2015

Cuti-cuti UK: Jalan-jalan Glasgow

Awal pagi hubby dah keluar pi Conference. So tinggal lah saya dan anak-anak suka hati membawa diri sekitar bandar Glasgow ni. Alhamdulillah hotel kami terletak dekat dengan University of Glasgow dan juga tidak berapa jauh dari bandar.

--------DAY 1 --------

Lepas breakfast kami terus ke bandar Glasgow menaiki bas awam. Mula-mula kami jalan-jalan sekitar dataran George Square yang dikelilingi bangunan lama yang unik, well preserved kata orang. Banyak juga bangunan rekaan moden. Tapi saya lebih gemar dengan bangunan yang masih utuh walau selepas beratus tahun.




Cuaca memang agak sejuk. Jadi kami tak duduk lama-lama di luar. Masuk kedai keluar kedai untuk dapatkan haba panas sambil belek barangan berjenama sekitar Buchanan Street. Sekadar melihat ambik bau. Nak beli memang tak la. Semuanya diluar kemampuanku.

Tetiba ternampak Gallery of Modern Art (GoMA). Saya bukan la peminat art tapi macam best pulak nak masuk galeri ni. Percuma je pun. Cuma kena rajin spend masa nak baca kisah disebalik kreativiti para artis tu. Kat Malaysia jarang ada peluang pergi galeri lukisan macam ni.



Ruang pameran agak luas, macam-macam art yang depa pamerkan. Ada lukisan minyak. Ada crayon. Ada lakaran pakai pensil karbon. Ada yang guna kertas, kanvas, kain, acra ukiran dan macam-macam lagi. Tak paham saya apa yang depa cuba sampaikan. Saya hanya boleh kagum dengan bakat dan kebolehan mereka je. Nampaknya jauh lagi lah nak mencapai akal untuk faham setiap maksud tersirat dan tersurat di sebalik setiap rekaan tu.

Antara lukisan yang saya suka walau dok pahang starang... :)

Arca unik... juga dok pahang starang...




Hasil seni yang kat atas tu paling takjub. Rasanya depa guna butiran manik dan susun atas kain. Lupa pulak nak buat catatan hari tu. 

Mana tah saya letak duit yang dah dimesin tu. Lupa pulak.


Kalau pi Scotland tak sah kalau tak jumpa orang pakai skirt kilt macam ni. Masa awal-awal dulu memang saya rasa agak pelik tengok depa pakai skirt macam tu. Tapi sebenarnya itu pakaian tradisi mereka. Biasanya depa pakai kilt ni kalau ada apa-apa acara meniup trompet yang depa panggil bagpipes. Yang kat atas tu adalah buskers atau dengan kata lainnya seniman jalanan. Lepas dia dah habis buat persembahan orang ramai yang baik hati akan letak duit siling dalam beg biru tu sebagai sedekah.

--------DAY 2--------

Lepas breakfast kami pi jalan-jalan sekitar kawasan University of Glasgow pulak. Bangunan University of Glasgow ni pun banyak yang dah tua.



Tertarik dengan board Chaplaincy depa.. Alhamdulillah terselit juga unsur-unsur Islam dalam masyarakat universiti di sini.




Kawasan universiti ni sangat luas dan agak berbukit. Penat juga berjalan sepanjang hari. Dah ala-ala berjogging pulak penatnya. Alhamdulillah cuaca sangat cerah walaupun agak sejuk.



Bangunan universiti tersergam indah. Berangan kalau dapat sambung belajar kat sini. Macam best pulak...

Bunga tulip masih belum mekar..

Masa lunch break Hubby join kami pusing-pusing sekitar University of Glasgow ni. Kami lunch kat kafe Student Union. Dah lama tak merasa jadi student U.

Ni je yang nampak halal...

Tempat duduk yang selesa dan bersih.

Kafe student Union ni terletak dalam bangunan  yang agak moden. Lepas makan kami singgah kedai cenderahati untuk beli T-Shirt, keychain dan pelbagai cenderahati University of Glasgow. Saja nak bawa balik buat kenangan.





Kemudian kami ke Hunterian Museum. Seperti di GoMA, di muzeum ini pun kita kena rajin membaca. Penat jugak la nak perati satu-satu.



Banyak artifak sejarah awal pembinaan universiti ni depa simpan dengan kemas. Kena baca dan tilik satu-satu.





Lakaran awal peta dunia dengan tulisan tangan seorang berbangsa China....
(Amin)


Tak larat nak berlama-lama dalam muzium ni sebab kebanyakannya adalah tentang anatomi. Tak tercapai akalku. Sapa yang minat medic boleh la menghayati segala artifak yang ada di sini.



Hubby dan Business School dipisah tiada. La ni dok pujuk Amin pulak memupuk minat dalam hal-hal berkaitan dunia ekonomi selepas Ein beralih arah ke bidang senibina. Suka hati hangpa lah... Umi hanya boleh doakan yang terbaik untuk semua....:)

No comments:

Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...