Tuesday, 6 October 2015

Pengalaman bleeding 1...Separuh Abad = separuh sihat?

"You really bleeding my dear..."
Macam-macam doktor tu membebel sambil dok buat scan kat saya. Ultrasound transvaginal scan pulak tu. Serius seram. 

Kisahnya sejak 3 bulan kebelakangan ni saya mengalami period yang banyak dan lama. Biasanya 9-10 hari dah kering. Tapi sejak akhir-akhir ni melampau-lampau pulak banyaknya. Lama pulak tu. Kadang mencapai 15-20 hari. Tak tentu masa. Dah kira istihadhah dah. So terpaksalah saya praktis kefahaman saya dalam beribadah terutama solat semasa istihadhah. Sungguh, setiap ilmu itu perlu diamalkan. Baru lah kita boleh uji tahap kefahaman kita. 

Dah namanya pun istihadhah ni darah penyakit, jadi berdilemalah saya nak tahu apakah penyakit yang sedang dialami ini. Kadang tak dapat tidur malam memikirkan apakah gerangan penyakit tersembunyi itu. Ada orang kata gejala menopause. Almaklum lah usia pun dah nak masuk setengah abad....:(

Kali ni period saya paling lama dan darah sangat banyak. Dah lebih 10 hari bleeding non stop. Asyik-asyik kena salin pad. Almost every two hours. Dah macam orang keguguran dah pulak. Cuma tanpa rasa sakit contraction. Alhamdulillah saya juga pernah keguguran anak ke5 dulu. So saya tahu keadaannya. 

Kebetulan pulak minggu ni Allah bagi cuti jerebu selama dua hari. So saya terus buat appoinment Ampang Puteri serta merta. Malangnya doktor pakar sakit puan yang biasa merawat saya fully booked hingga minggu depan. So terpaksalah saya ambik je mana-nama doktor sakit puan yang free yang boleh slot in masa depa....

Rupa-rupanya dah dekat lima tahun saya tak buat ujian pap-smear. Tadah je lah telinga kena leter ngan doktor tu. Amazingly sikit pun saya tak rasa sakit hati atau kecik hati. Malah rasa seperti disayangi...

"You must take care of yourself dear.. Do your pap smear every year...Doesn't matter to spend on your health dear....nowadays women die of breast cancer, second by cervical cancer... Don't be shy... Bla..bla..bla....." Siap check kot-kot ada ketulan kat payudara pulak. Aduhai.....sabo je lah. Mujur lah doktor perempuan walaupun non-muslim. Sangat profesional dan sangat berpengalaman. 

Dah lama saya tidak mendengar leteran orang sebab saya tak jaga diri sendiri. Sangat lama. Begitu lama. Tetiba bayangan nenek menjelma di depan mata saya. Nenek yang selalu berleter untuk pastikan saya sihat. Nenek yang selalu berleter untuk pastikan saya sentiasa jaga kesopanan gadis ayu. Nenek yang selalu berleter untuk pastikan saya jadi wanita mulia. Sungguh! Saya amat rindu detik-detik itu.....:(

"I cannot do the pap-smear now because you bleed too much." 

"So I'm going to  give you some pils. Take 2 tablet after breakfast and another two after dinner. Non stop for 21 days okay. This is to stop the bleeding."

"Come back nextweek when the blood is clear then we do the pap smear...."

Lepas tu saya gi buat buat ujian darah pulak, nak uji kot-kot ada kuman dalam darah. Kuman apa tah dia nak tengok. Tunggu je lah keputusan ujian darah tu minggu depan.. Tapi setakat ultrasound scan tadi tu tiada tanda menunjukkan apa-apa benda yang tidak normal. Payudara pun clear. Alhamdulillah.
Bertambun doktor bagi ubat norcolut ni. 84 biji semuanya..
Tak sangka pulak ada ubat tahan darah ni. Tahan darah supaya tak period. Depa selalu guna kalau nak pi Umrah atau Haji. Ada juga yang makan sebab nak puasa penuh bulan Ramadhan. Entah lah. Secara peribadi saya tak berapa gemar makan benda-benda yang macam tak normal ni. Takut ada side efek negatif. Tapi kali ni kira terpaksa sebab kira darurat untuk menjaga kesihatan. Mudah-mudahan tidak ada perkara yang lebih buruk belaku. Tunggu je lah minggu depan dengan harapan baru...
Setia menemani Umi dalam susah dan senang,,.
Alhamdulillah ada anak menantu jadi driver bawa Umi pi spital..


PS: Hargailah sihat sebelum sakit...

No comments:

Henfon pulak.....

Saya tak berapa mahir tentang gadget zaman moden ni. Walaupun dah lama pakai handphone dan laptop sendiri, yang saya tahu setiap kali nak g...