Sunday 4 October 2015

Abuni dah jadi mak...

Khamis lepas, balik saja dari sekolah terus nampak Abuni macam restless. Manja semacam asyik ngekor saya kat dapur. Biasalah kita mak-mak ni balik kerja terus masuk dapur.  Saya tiba rumah dalam pukul 5pm sebab singgah kedai beli lauk pauk dan sayur mayur. Tak sempat bukak tudung lagi dah buka peti ais tengok apa nak masak untuk makan malam. Cuci dan simpan segala barangan dapur yang dibeli. Abuni sabar je dok mengekor saya ke sana ke mari. Tak pernah-pernah duduk atas riba tetiba ngeow nak duduk atas riba.
Layankan aje. Baik je duduk atas riba. 
Bersandar pulak.
Bila saya tak layan dia pun bawa diri. Entah yang depa bincang laki bini. 

"Rasa macam Buni nak beranak la Umi. Dia asyik masuk bilik Amin je. Cari lemari nak masuk. Kat sekolah pun kucing-kucing suka beranak dalam lemari. Ada yang beranak dalam lemari Quran kat surau..." Sekolah saya memang banyak kucing. Pelajar al Amin memang ramai yang penyayang dan suka ngan kucing. 

Lepas saya dah siap masak, saya pun suruh Amin ambik kotak yang saya dah sediakan sejak minggu lepas. Dah beberapa kali ajar Abuni masuk dalam kotak tu sebelum ni tapi dia macam tak bersedia lagi. 
Amin sabar je melayan. 
Beberapa kali Amin letak dia dalam kotak tu tapi Abuni asyik melompat keluar. Cara melompat tu macam tak ada rupa nak beranak lagi. Asyik-asyik dok ajak Amin masuk bilik. So kami angkut kotak tu masuk bilik Amin.
"Redha je lah Amin. Biar jelah Buni selesa kat bilik Amin. Bagi chan ibu mengandung nak beranak"
Suka hati je masuk laci Amin. 
Rupa-rupanya Abuni memilih wad bersalin first class. Masih berminat dengan laci seluar Amin jugak. Yang atas tu laci baju. So Amin pun punggah semua seluar dari laci tu. Saya alas ngan surat khabar lepas tu lapik ngan tuala buruk. 
 
Muka puas hati dapat tempat idaman. Bila dah nampak dia selesa kami tinggalkan dia berehat. Masa tu dah nak masuk waktu Maghrib.  
Muka sabar bakal ibu.
Tepat jam 8 malam Jumaat 1 Oktober 2015 Abuni selamat melahirkan seekor baby boy. Diikuti sekor lagi pukul 8.30pm dan sekor lagi kol 9 dan lastly kol 9,30 malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Pandai Abuni menyusun masa dan sangat penyabar. Kami semua pun sabar menemani Abuni sehingga semuanya selesai. By kol 10pm semua dah masuk tidur.
4 ekor baby Abuni. 
Tiba-tiba terselah sifat keibuan Abuni, Walaupun kemain ganas anak-anak yang tak sabar cari susu. 
Muka redha je. Kecik-kecik dah jadi mak.
Kemain. Baru sehari lepas bersalin dah berposing. 

PS: Baru minggu lepas mengadap mayat Goblin. Minggu ni sambut anak kucing pulak. 4 ekor sekaligus. Sungguh setiap kejadian itu ada hikmahnya. Allah datangkan dengan rezeki dan ujian serta pahala dalam satu package. Hanya kita yang harus berusaha mencari hikmah itu..

No comments:

Breakfast Date @KL East

“Jom breakfast esok, nak back to routine semula…” Bila hubby ajak makan, seharusnyalah kita terima dengan tangan terbuka. Sambil nak beli ba...