Tuesday 29 September 2015

Buni oh Buni

Sejak sebulan ni selera makan si Buni bukan main naik lagi. Pantang nampak manusia dalam rumah ni terus minta makan tanpa segan silu. Alhamdulillah seisi rumah semua dianugerahi Allah sifat penyayang. Maklum lah ayahnya Abdul Rahim, berdatukkan pulak Abdul Rahman. Sewajarnya lah semua keturunan mereka berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan. Alhamdulillah. Maka nikmat mana lagi yang saya dustakan....

Dek kerana asyik memenuhi selera je, kejap friskies, kejap whiskas, kejap ikan rebus, kejap ikan goreng kejap ayam goreng makanya makin bulat lah perut siBuni tu. Terboyot-boyot mengusung perut keliling rumah. Lepas makan tido suka hati dia. Macam-macam gaya bebas.
Terbungkang kuak lentang.
Berehat bawah meja makan.
Lain macam pulak tumbesaran perut si Buni ni. Kalau dihitung2 umurnya baru 6 bulan. Gigi pun tak habis tumbuh lagi. Nak kata cacing tak logik pulak. Tak kan lah sampai memboyot macam tu. Surely dah berkoyan-koyan cacing kat dalam tu. Surely dah nazak. Suruh Dayah test ngan stetoskop pun tak dapat kesan juga apa benda dalam perut tu.

"Bawa pi Vet lah.." Senang je Hubby bagi solution. Saya je malas nak pergi. 
So hari Jumaat lepas Raya Haji baru ni berjaya lah juga Hubby pujuk bawa Buni pergi Vet. Kat Melawati je pun. Tempat biasa kami bawa Ali ngan Abu sebelum ni.
Sabar je menunggu giliran
Sah Buni bunting. Kata doktor, Buni boleh beranak anytime this week. 
Adoyai. Sabo je lah. Malas nak memikirkan apa akan berlaku pada hari-hari mendatang. Nak kena hadap kucing beranak pulak. Doktor tu pulak siap bagi taklimat dan tips macamana nak jadi bidan sambut kucing beranak. Satu profession yang tak pernah saya idamkan. 

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." ( Al-Baqarah: 214)

Sedih je Buni. Kecik-kecik dah terpaksa memikul tanggung jawab besar.
Doktor cukur perut Buni sebab bulu gebu sangat. Kang susah baby Buni nak cari puting susu.

Sebenarnya takut nak terima hakikat yang Buni macam dah bunting. Sian. Kecik sangat lagi. Nak jaga diri pun tak pandai lagi. Inikan pulak nak jaga anak. Tapi hingga hari ni, selepas 4 hari jumpa vet Buni belum bersalin juga lagi. Risau juga takut dia terberanak masa kami semua tak ada kat rumah. Saya dah sediakan kotak untuk tempat besalin dia. Semoga Allah mudahkan Buni menghadapi dugaan hidup ini. 

PS: Fikir balik sebenarnya excited juga nak tengok bakal baby Buni. Meramaikan semula penghuni rumah saya yang semakin susut.....:)

No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...