Monday, 26 August 2013

Raya hanya sehari...

"Cikgu raya kat mana tahun ni?"
"Eh kau ni...cikgu mesti la balik Kelantan. Kan cikgu kan?"
"Eh memandai je. Mana kau tahu?"
"Ya la....cikgu kan orang Kelantan. Suami pun Kelantan apa?"

Seronok dengar anak-anak murid saya berbincang tentang venue hari raya saya. Suka hati depa je assume saya nak raya kat mana.


Sungguh! Tahun ni saya tak berapa looking forward nak sambut raya. Bukanlah tidak menghargai hari kemenangan umat Islam yang diberikan Allah, tetapi sememangnya, puasa saya lebih meriah berbanding hari raya.

Sejak setahun dua, ni saya lebih teruja menyambut Ramadhan dan terasa sayu sangat bila tak dapat berpuasa pada hari-hari terakhir bagi episod Ramadhan kali ini. Bermakna tahun ni saya tidak dapat bersolat aidil fitri lagi.

Dulu, masa muda dan anak pun baru setahun dua, memang semangat nak beraya tu lain. Teruja sangat. Sibuk buat kuih raya sampai tak tido malam. Jahit baju raya anak-anak dan suami. Menghias rumah. Looking forward balik kampung jumpa saudara-mara. Terpaksa duduk homestay sebab anak-anak dah besar panjang.Malas nak buat free promo, Tapi owner nya sangat sempoi..
Homestay @ Jalan PCB.
Sempat lagi mencari juadah berbuka untuk hari terakhir Ramadhan. Kelantan delights.

Tak pasal-pasal kena ketuk. Nasi kosong dengan keli goreng sambal RM10. Kat Leha Kelfood pun tak semahal tu. Biarlah rezeki dia nak raya.

Betul rupanya kata-kata orang tua-tua yang selalu saya dengar ketika saya kecil dahulu. Hari raya ni hanya indah dan meriah disambut ketika zaman kanak-kanak. Masa kecik-kecik dulu, baju raya, kasut raya...semuanya baru. Masa dua minggu puasa, baju raya dah siap gantung dalam bilik menghitung hari bila lah nak habis puasa. Kasut raya pulak hari-hari dok try pakai dan jalan-jalan dalam rumah. Kejap-kejap tanya ayah minta kepastian. ”Ayah lawa kan baju raya ni..”
Simple je di pagi raya...

Dan, saya rasa Nina je yang nampak teruja nak sambut raya. Inherit perangai saya dulu-dulu. Yang lain-lain dah masuk fasa malas nak beraya. Demi sebuah hari raya saya buat la apa yang patut selagi tengah larat ni.

Jadi, sehari sebelum balik beraya tu saya pun sibuk la memasak rendang daging dan ayam serta nasi impit untuk bekalan ke kampung. Nak makan pada pagi raya. Jenuh juga. Kalau ikut penat memang apa pun malas nak buat. Main beli saja. Tapi saya tetap nak jamu anak dan suami dengan hasil masakan sendiri.





No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....