Sebenarnya zaman persekolahanlah yang banyak mengajar kita. Bukan setakat ilmu akademik tapi semua ilmu untuk hidup. Bagaimana nak mengawal emosi suka atau duka, cara berkawan dan mencari kawan yang baik, cara berinteraksi, berorganisasi, dan yang paling penting cara mendapatkan bekalan untuk akhirat. Saya rasa murid-murid saya lebih bernasib baik kerana mereka berpeluang mendalami ilmu akhirat tanpa batas. Al amin memang tersedia sebagai pusat ilmu. Cuma mungkin mereka kurang pandai menggunakan peluang yang ada. Dulu saya selalu memandang guru-guru saya sebagai idola dan sumber inspirasi saya. Tak tahulah samada murid-murid saya juga berpandangan begitu .....
Saya sangat bernasib baik kerana dapat belajar di sekolah saya dulu. Berasal dari keluarga yang kurang berada, saya menggunakan peluang yang diberi sebaik mungkin. Saya memang suka belajar ( Ewah.. nak riak lah pulak ) Saya akan tension kalau tak dapat markah tinggi dalam periksa. So saya akan cuba dapat apa saya nak dengan belajar bersungguh-sungguh. Hingga sekarang pun saya akan tension kalau students saya tak dapat markah tinggi. Saya memang panas hati kalau mereka main-main masa belajar. Pada saya asas kejayaan seseorang adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan mereka insaf......
[Terimakasih pada hubby sebab bawa saya dan anak-anak melawat ke sekolah saya dulu. Nostalgic lah pulak.....]
6 comments:
entah tahun bila punya gambar lah tu. dua tahun yang lalu, hhaa. nasib baik i chun tw! :D
hish... anak sapa lah yang perasan cun tu.
salam ckgu , doakan ana dpt a maths ;D
cikgu masuk mrsm? bestnya!
zaman persekolahan, di mana-mana pun best...
saya bangga dapat blaja akaun ngn cg masniah!
Post a Comment