Day 7: Jumaat 5hb Disember 2025
Hari ini kami check-out dari Super Hotel Tozai Line dan berjalan kaki ke rumah anak-menantu. Semalam dah bawak luggage dengan kereta sewa, so hari ini kami cuma bimbit/bawak hand luggage sahaja. Urusan check-out pun sangat mudah. Kita cuma tutup pintu bilik dan keluar hotel. Tiada kunci bilik kerana depa cuma bagi password untuk masuk bilik. Cukup tempoh, password itu akan lapse secara automatik.
{Cerita semalam, boleh baca di sini }.
![]() |
| Kaunter check-in hotel yang sangat simple. |
![]() |
| One for the memory dalam lif hotel. |
Hari ini, mengambil berkat hari Jumaat, kami bercadang untuk ke Tokyo Camii (baca Tokyo jamek), Masjid yang terbesar di Tokyo. Di sebelahnya (adjoining) adalah Turkish Cultural Centre. Katanya Masjid ini dibina oleh Kerajaan Turki dan semua perbelanjaannya di tanggung oleh Jabatan Agama Republik Turki.
Semasa kami tiba, para jemaah lelaki sudah ramai. Kawasan wanita adalah di tingkat paling atas. Oleh kerana ruang lelaki dah mula penuh, kami terpaksa menggunakan tangga sebelah luar bangunan ke tingkat atas yang juga dipenuhi oleh jemaah lelaki. Kemudian naik tangga yang sempit keliling tiang, ala-ala memanjat menara KL pulak, untuk ke ruang solat wanita. Dah lama saya tidak bersolat Jumaat. Kali terakhir saya solat Jumaat di Regents Mosque, semasa saya melawat London dua tahun lepas.
![]() |
| Tokyo Camii tersergam indah. |
![]() |
| Ruang solat utama dalam Masjid. |
Depa baca Khutbah Jumaat dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Jepun, English, Turki dan Arab. Saya hanya faham dalam English sahaja. Khutbahnya sangat simple, short and sweet kata orang kampung saya, berbicara tentang kelebihan solat Jumaat.
![]() |
| Senibina Masjid ala-Turki yang cantik. |
Di aras paling bawah masjid terdapat Halal Market dan pusat/dewan pameran tentang Islam dan kebudayaan negara Turki. Hajat nak melawat kawasan tapi ramai sangat jemaah yang berlegar-legar selepas solat. Pihak masjid juga sediakan pack makanan dan minuman untuk para jemaah tapi kami abaikan sahaja sebab malas nak bersesak. Lagipun perjalanan kami masih jauh.
Lepas solat kami patah balik ke train station untuk ke Ueno. Anak-menantu nak belanja makan wagyu halal sempena ketibaan birthday ayahnya dalam dua hari lagi. Ayuhlah kita menjamu selera.
![]() |
| Hubby dan anak bongsunya. Depan kedai Ueno Halal Wagyu Yakiniku Iwasaki. |
![]() |
| Sijil Halal yang dipamerkan. |
![]() |
| Wagyu segar. |
Usai makan, kami berjalan melalui lorong sempit untuk menunggu bas ke Tokyo University pulak. Hubby belum habis excitement untuk melawat universiti selepas melawat Universiti di Shibaura tempoh hari.
![]() |
| Lorong belakang, short cut untuk ke bus stand. |
Kami tiba di Tokyo University hampir waktu Maghrib dan sempat merakam kenangan sebelum matahari hilang sepenuhnya. Suasana di sini sangat cantik. Tiba-tiba makcik terasa sangat educated bila melangkah masuk ke kawasan Tokyo Universiti ini.
![]() |
| One for the memori. |
![]() |
| Mercu tanda Tokyo University. |
![]() |
| Pokok landmark dalam kawasan Universiti. |
![]() |
| Lovely scenery. |
Usai aktiviti di Tokyo Universiti kami naik bas dan turun di train station berdekatan dan naik train ke Myoden, seterusnya berjalan kaki balik ke rumah anak-menantu. Malam ini malam terakhir kami di Tokyo dan kami menginap di rumah anak menantu.
Hubby order ayam tandoori dan roti nan untuk makan malam so saya boleh berehat dari memasak.😁
![]() |
| Roti nan, ayam tandoori, kari ayam dan kuah dal for dinner. |
Alhamdulillah, done another day kehidupan di Tokyo. Esok dah nak balik ke tanah air tercinta... tak sabar rasanya. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin. 🌹























No comments:
Post a Comment