Wednesday, 10 December 2025

Autumn in Tokyo: Sekitar Myoden dan AEON Mall

Day 3: Isnin 1hb Disember 2025

Hari ini kami tidak bercadang untuk ke mana-mana, hanya ingin berjalan-jalan di sekitar Myoden sahaja. So, pagi-pagi lagi kami keluar dari hotel dan berjalan kaki dalam radius yang termampu. Cuaca cerah dan nyaman dengan suhu mencecah 16°C.

Seterusnya kami ke AEON Myoden yang terletak disebelah hotel sambil mencari sarapan ringan sebelum membeli barang keperluan serba sedikit. 

Ukur baju di badan sendiri.

Done sambar dua helai kemeja hubby.

Kami beli groceries kerana saya bercadang untuk masak-masak buat makan tengahari di rumah anak-menantu. Katanya dah lama mengidam nak makan ketam masak lemak air tangan Ummi. Apa lagi, ayuhlah kita realisasikan.

Beli sayur.

Pilih ikan.

Done masak lemak ketam, sambal tumis udang+sotong dan ikan goreng for lunch.

Usai makan tengahari di rumah anak-menantu, kami balik ke hotel untuk berehat. Waktu Maghrib di sini adalah pukul 4:30 petang/malam. So by pukul 4:45pm suasana dah gelap.

Pukul 6:00 malam kami keluar bersiar-siar mengambil angin malam di kawasan hotel. Kami masuk kedai Seria (baca intonasi bahasa Kelantan). Apa-apa sahaja barang berharga ¥100. 

Kita ambik gambar dari luar kedai sahaja. Segan pulak makcik nak bukak henfon dalam kedai.

Kedai Seria ni macam kedai Eco di Malaysia. So seperti biasa bila makcik masuk kedai begini akan sentiasa sesat jalan. Selagi tak penuh bakul selagi itu tak jumpa jalan keluar. Usai berbelanja di kedai Seria, kami sambung membeli di kedai lain pulak. 

For tea & coffee lover.

Biji kopi pelbagai rasa dan aroma.

Dah siap pilih barang kami ke kaunter untuk membayar. Depa letak signboard tapi sepatah haram pun makcik tak paham. Maka tercongoklah kami laki-bini berdiri depan kaunter beberapa ketika hingga ada orang datang dan ambik bayaran. Rupa-rupanya  signboard itu memberitahu bahawa kaunter dah tutup dan depa suruh buat bayaran di kaunter lain. Marilah kita ketawa bersama-sama.😁😅😂

'Tutup... sila ke kaunter lain...' mungkin itulah maksudnya.

Usai membeli-belah dan perut terasa lapar, kami berjalan cari dinner. Tapi semua kedai makan tak nampak tanda halal dan semua tulisan pun dalam bahasa Jepun, kita cuma mampu nganga. Maka kami berjalan balik ke hotel untuk simpan barang-barang dan menunggu anak-menantu datang untuk keluar dinner sama-sama. 

Cantik depa design iklan menu ni tapi sahih semuanya non-halal.

Sementara menunggu anak-menantu tiba, kita snap gambar sekeping dua lagi buat kenangan. Bukan senang makcik nak keluar malam-malam santai-santai begini. So kita ambik peluang berseronok di tempat orang.



Kami ke kedai makan Saizeriya order vegetable pizza, kentang dan udang goreng serta air. 

Menu... (baca pun tak paham).

Alhamdulillah, boleh makan tanpa was-was.

Usai makan, kedai pun dah nak tutup, kami balik berehat di hotel. Semoga sentiasa sihat untuk aktiviti seterusnya. Aamiin.🌹

 Sekian. 😊

No comments:

Overnight @Impiana KLCC

Sabtu 13th Disember 2025 Semalam hubby ada program Home Coming apa ntah. Depa buat di Hotel Impiana KLCC. Saya malas nak tahu details. Bila...