Thursday, 11 December 2025

Autumn in Tokyo: Jalan-jalan Shibaura

Day 4: Selasa 2hb Disember 2025

Hari ini menantu saya keluar awal pagi untuk menyambung kerja-kerja di universiti Shibaura Institute of Technology. Kami decide untuk turut serta kemudian. Masa datang ke Tokyo sebelum ini kami dah melawat universiti ini sambil lalu. Kali ini hubby teruja untuk explore lebih lagi. Almaklum lah jiwa pendidik sentiasa teruja bila nak melawat universiti.

{Boleh baca cerita sebelumnya di sini}

Anak no-5 tiba menjemput kami di Super Hotel Tozai Line, Ichikawa dalam pukul 10:00 pagi. Dari hotel kami berjalan kaki ke train station Myoden yang terletak di sebelah hotel. Sementara menunggu train kita bergambar depan hotel dahulu.

One for the memory.

Teruja pulak melihat eskalator sependek ini. Ada 8 anak tangga sahaja. 

Dari stesen Myoden kami turun di stesen Monzen-nakachou kemudian  naik bas untuk ke Universiti. Sementara menunggu bas tiba kita melihat-lihat kawasan dulu sambil singgah di drugstore beli bedak compact untuk makcik. Agak murah membeli di sini berbanding harga di Malaysia.

Drugstore di tingkat paling bawah bangunan.

One fot the memory.

... and another one.

Bus stand no-6, untuk bas no-19 terus ke Universiti Shibaura.

Dalam bas pun buat peghak.

Kami turun bas depan Universiti dan berjalan-jalan melihat kawasan sementara menunggu menantu habis kerja. Di sebelah belakang universiti terdapat sungai (Sumida River) yang memisahkan kawasan industri di seberang sungai. Sepanjang jalan juga terdapat saki-baki pokok yang masih berbunga walau dah masuk musim luruh.

Suka tengok bunga-bunga merah ini.


Peta lokasi Universiti Shibaura.


Semangat pulak hubby dok ambik gambar isteri terchentanya.

One for the memory.
Sungai Sumida pemisah kawasan Universiti di sebelah kiri dan kawasan industri di sebelah kanan.

Anak no-5.

Cuaca hari ini agak sejuk walaupun ada cahaya matahari. Lama-lama di luar (outdoor) akan terasa kesejukannya. Lepas dah puas melihat kawasan sekitar kami masuk dan duduk mengopi dalam kafe Universiti pulak. Usai mengopi kami sambung berjalan ke kedai koperasi Universiti.

Kafe Universiti.

Matcha latte for makcik.

Americano dan cheesecake for hubby.

Macam-macam hubby beli di kedai koperasi Universiti buat cenderahati.

One for the memory di hadapan Shibaura Institute of Technology.

Oleh kerana menantu masih belum habis kerja, kita sambung jalan-jalan hingga ke Urban Dock LaLaport, Toyosu. Saya masuk kedai Uniqlo changing room untuk solat jamak Zohor & Asar. Bila menantu siap kerja kami mula mencari makan tengahari pulak. Kami ke Restoran Bubba Gump seperti yang terdapat dalam cerita Movie  Forest Gump.

Inspired by Forrest Gump movie.

Ambik meja menghadap muara sungai.

Prawn cajun for makcik.



Usai makan kami balik ke hotel untuk solat Maghrib pukul 4:30 petang/malam dan berehat. Seperti semalam, by pukul 6:30 malam kami keluar semula, berjalan kaki ke rumah anak-menantu sejauh 7 minit perjalanan untuk masak dinner. Kali ini saya buat ikan goreng pedas, sambal tumis ikan bilis+tempe+kentang dan sayur stir fry. Tempe itu saya bawak dari Malaysia, siap potong dan goreng garing. Tiba di Jepun saya main campak-campak je masuk dalam kuali.

Ikan goreng pedas, sambal ikan bilis tempe kentang dan sayur stir fry for dinner.

Usai makan malam kami berehat sebentar. By pukul 9:30 malam kami berjalan kaki balik hotel untuk berehat. Alhamdulillah, done sehari lagi kehidupan di Tokyo. Semoga kekal sihat untuk hari-hari seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

PS: Pergi mana-mana pun akan sentiasa terselit cerita makan-makan.😁

No comments:

Overnight @Impiana KLCC

Sabtu 13th Disember 2025 Semalam hubby ada program Home Coming apa ntah. Depa buat di Hotel Impiana KLCC. Saya malas nak tahu details. Bila...